Puisi ini divideokan ketika Syarha berusia hampir 2 tahun.
Memaparkan catatan dengan label Puisi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Puisi. Papar semua catatan
Isnin, Mei 29, 2017
Puisi Kasih Buat Anakanda Sayyidah Nur Syarha
Sabtu, Disember 31, 2011
RENUNGAN BUAT DIRIKU YANG SERING LUPA
Renungan buat diriku..
Usahlah kau menagih belas kasihan dari manusia,
kerana belas kasihannya sekejap sekejap saja.
Bila kau sebatang kara dan menangis,
mungkin manusia akan mendengar keluhanmu,
tapi sekejap sekejap saja.
Mereka akan bosan pada satu ketika,
kerana itulah tabiat manusia.
Lebih parah bila kau di uji muka-muka
yang gelumang nifaq dan cinta dunia
Kecuali mereka yang telah dikurniakan Allah
rahmat pada jiwa-jiwanya
Palingkan wajahmu hanya kepada Dia
yang lebih dekat dari urat lehermu
yang lebih Menyayangi dan Mengasihanimu..
walaupun kau sering saja lupa taat,
sujud dan bersyukur di atas segala nikmat,
yang telah zahir kepadamu
dan yang tidak terlihat..
bahkan kau selalu saja derhaka dan bermaksiat.
Jika sedikit ditarik nikmat-Nya,
kau pasti terduduk, ternganga.
Tiada manusia yang terlalu gagah untuk hidup tanpa Allah.
Jangan kau zalimi diri..
jangan kau berulah,
jangan kau zalimi orang yang lemah,
kerana Yang Membalas dan Membelanya adalah Allah.
Al-Jabbar, Yang Maha Gagah
Bila sakit, ingat.
Bila suka, lupa.
Sedarlah.
Malulah.
Beradablah kepada Allah.
Sebelum berakhir perjanjian,
antara jasad dan jiwa.
’Duhai Tuhan Pemilik Arasy yang Agung,
kepada-Mu kuserah jiwa dan raga,
Apa yang telah Kau tetapkan sebagai anugerah,
akan tetap sebagai anugerah.
Tanpa-Mu aku kan hilang segala-galanya.
Pandangan Kasih dan Rahmat-Mu,
yang kurayu dan kudamba,
sehingga ke penghujung nyawa.
"HIDUP BIARLAH BERPANDUKAN ALQURAN DAN HADIS"
Helper

Labels:
hamba Allah,
insan,
lupa,
manusia lalai,
Puisi,
Renungan,
taubat
Isnin, Mei 23, 2011
MENYELAMI HATI SANG ISTERI

Terkadang hati saya begitu tersentuh dengan pelbagai kisah duka yang bersarang di jiwa seorang insan bergelar isteri. Wanita dikurniakan oleh Allah dengan kekuatan jiwa yang begitu kuat dan ampuh dalam menghadapi kehidupan berumahtangga.
Terkadang terdetik juga di hati, bagaimana agaknya lukisan hati sang suami bila mencalarkan hati seorang isteri...
Di bawah ini saya nukilkan bicara hati seorang isteri ;
Aku hanyalah seorang isteri...
yang menerima setulus hatimu
Janji yang kau meterai
di akad nikah kita musim yang lalu
Salam kuhulur
buat menyapa hatimu nan luhur
Bersamalah kita harungi derita yang datang
Bersatulah kita tempuhi nikmat yang bertandang
Namun...
Denai perkahwinan pasti dihujani air mata
Aku kini seorang isteri yang
terikat pada sebuah janji lafaz akadmu
sewaktu bicara tulusmu bergema
di satu waktu mendebarkanku
saat terlafaz ijab dan kabul ,
aku menerimamu
sepenuh hati ku setulus jiwaku
sebuah cinta yang selalu bersamaku,
sebuah rindu yang menyirap darahku..
pasti kita terus bersama
melangkah ke syurga..menjadi impianku belaka
Tapi kini...
Aku seorang isteri yang sarat dengan duka
berputik di mata mekarnya di jiwa
merajai seluruh persada
Airmata yang tumpah tiada dapat dihitung
Tiada yang mengukur dengan derita yang bertandang
Lalu ku hitung kembali semua jejak langkah kakiku
Namun tidak juga dapat kutemui
Dimanakah hilangnya saat manisku dulu
Ketika aku mula mengenal erti kehidupanku
Walaupun kini kucuba putarkan kembali
Namun yang aku temui hanyalah tawar dan hambar
Hampas Cuma..Yang telah hilang kemanisannya
Yang pernah ku hirup suatu ketika dulu
Ke mana...?
Di mana...?
Langkah yang harus aku tuju?
Dengan membawa hati yang yang penuh kecewa
Dengan membawa lara yang bertandang di jiwa
Aku jadi semakin keliru
Kurindu pada belaian kasih mesra yang dulu..
...tanpa dicemari cemburu...
...tanpa dinodai pilu...
Aku kini dihantui oleh bebayang insan ketiga
Yang mengekorimu setiap waktu
Membelaimu terasa dihalang
Dibelaimu terasa walang
Lantas aku bertanya...
Ikhlaskah kau mencintai aku?
Bahagiakah kau melayari hidup bersama denganku?
Andai...Dalam kasih yang telah tercemar
Ada insan lain berada di hatimu
Tempat yang dulu menjadi singgahku
Lantas dengan rasa yang hina
Aku meraih simpatimu...
Aku memohon ihsanmu...
Aku mengemis kasih sayangmu...
Berilah tempat itu kembali
Tempat yang pernah menjadi tahktaku
Kasih dan cintaku beraja dihatimu seperti dulu
Bukan untuk diriku saja...tetapi
Demi tiga permata kita berdua
Terimalah aku di sudut tersuci di hatimu...
Namun… andai hatimu kuat padanya
Aku tidak mampu berbuat apa
Melainkan membawa hatiku yang luka
Jauh dari hatimu…
Jauh dari kehidupanmu…
Jauh dari segalanya…
Agar kau rasa tenang dan bahagia..

Rabu, Julai 22, 2009
Puisi : Mengharap Rahmat Tuhan
Mengharap Rahmat Tuhan
Ku Atur Langkah…
Perjalanan Yang Hanya Tinggal Sisa
Dari Kehidupan Yang Sia-sia
Menghirup Debu Kota
Dari Jiwa Dan Akal Yang Alpa
Meniti Lorong-Lorong Gelita
Heroin, Morphine Menjadi Teman Setia!
Ahh..!
Ku Gagahi Bangun Semula
Walau Berkali-kali Ku Rebah
Bangun, Jatuh! Bangun…Jatuh…!
Aku Bagai Tiada Daya
Melawan Gian Yang Ada
Tuhanku…
Hamba Ini Banyak Dosa!
Taubat Nasuha Dan Berdoa
Agar Dapat Bangun Semula
Menjalani Hidup Bagai Hamba
Kepada Tuhan Yang Maha Kuasa
Bukan Mangsa Dadah Durjana
Ya Tuhanku…
Bimbinglah Aku Ke Jalan Yang Kau Redza
Agar Matiku Tidak Sia-Sia
Mendapat Rahmat Di Akhirat Mu Jua!
Nukilan;
Mazita Ahmad
UPSI / 10.8.2004
(Puisi ini saya karang ketika di pengajian Sarjanamuda Kaunseling UPSI sesi 2002/03)

Langgan:
Catatan (Atom)