Dalam kehidupan masyarakat di Malaysia terutama dalam kalangan
orang Melayu, konsep bekerjasama, tolong menolong, bergotong-royong sudah
menjadi budaya sejak zaman dahulu lagi. Konsep aktiviti yang berbentuk
‘musyawarah’ atau perundingan dengan pihak-pihak lain untuk menyelesaikan
masalah atau mencapai persetujuan bukanlah sesuatu yang asing dalam kehidupan
masyarakat dahulu. Malah masyarakat Melayu terutamanya lebih cenderung untuk
menyelesaikan masalah melalui majlis tersebut secara perbincangan,
bertukar-tukar pendapat dalam membuat keputusan atau mencapai matlamat. Dalam
majlis ini orang yang bertanggungjawab dalam mengendalikan permasalahan
masyarakat biasanya terdiri daripada para imam, ketua kampung ataupun mereka
yang disegani masyarakat seperti guru agama, guru sekolah dan sebagainya.
Pada masa kini perhubungan menolong telah mendapat
tempat di hati masyarakat. Masyarakat kini semakin bijak dalam memperoleh
perkhidmatan menolong melalui individu-individu yang terlatih dalam bidang
psikologi dan kaunseling. Namun begitu, masyarakat umum belum lagi dapat
membezakan antara perkhidmatan psikoterapi, kaunseling dan bimbingan. Secara
umumnya, masyarakat mengetahui bahawa kaunseling adalah nasihat, manakala
nasihat dan bimbingan juga adalah kaunseling. Walaupun nampak secara praktisnya
adalah sama dari aspek menolong tetapi ketiga-tiga aspek ini mempunyai
perbezaan yang agak ketara kepada pengamal perhubungan menolong ini.
Perhubungan menolong kini dibantu oleh pelbagai teori, kemahiran dan teknik
yang menjadikan bidang itu suatu bidang yang profesional.
Dalam memahami istilah dan konsep ketiga-tiga aspek ini
beberapa sumber rujukan perlulah dilihat dalam usaha untuk memperjelaskan lagi
kefahaman dalam membezakan ketiga-tiga aspek perhubungan menolong ini.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga,
psikoterapi membawa maksud rawatan sakit
jiwa atau gangguan mental dengan menggunakan kaedah psikologi. Menurut Kamus Yahoo: Education, psikoterapi adalah “The treatment of mental and emotional
disorders through the use of psychological techniques designed to encourage
communication of conflicts and insight into problems, with the goal being
relief of symptoms, changes in behavior leading to improved social and
vocational functioning, and personality growth”.
Mahmood Nazar Mohamed (2001),
menyatakan kaedah terapi jiwa atau lebih dikenali dengan nama psikoterapi
membawa erti rawatan kecelaruan jiwa dan tingkah laku menggunakan kaedah
psikologi. Altrocchi (1980) dalam Ab Alim Abdul Rahim (1994) menyatakan
psikoterapi merupakan proses seseorang atau beberapa orang profesional
kesihatan mental membantu seseorang atau lebih individu yang mengalami
kesukaran psikologi dalam hidupnya.
Kaunseling
Pepinsky & Pepinsky dalam Sapora
Sipon et al (2003) menyatakan kaunseling adalah satu proses yang membabitkan
interaksi antara seorang kaunselor dengan kliennya. Interaksi ini berlaku dalam
keadaan sulit dengan tujuan membantu klien mengubah tingkah lakunya sehinggalah
resolusi yang diambilnya memuaskan kehendaknya. Beliau juga menekankan agar
sesi kaunseling dijalankan dalam suasana tertutup, sulit, tidak dilihat dan
tidak didengari oleh orang lain.
Muhd Mansur Abdullah & Siti
Nordinar Mohd Tamin (1996) kaunseling membawa maksud sebagai satu perhubungan interpersonal
yang digunakan oleh kaunselor membantu individu secara keseluruhan untuk
menyesuaikan diri dengan lebih berkesan terhadap dirinya sendiri dan juga
terhadap persekitarannya.
Rickey & Therese (1995)
menjelaskan definisi kaunseling sebagai “a
profesional relationship between a trained counselor and a client. This
relationship is usually person-to-person, although it may sometimes involve
more than two people. It is designed to help clients to understand and clarify
their views of their lifespan, and to learn to reach their self-determined
goals through meaningful, well-informed choices and through resolution of
problems of an emotional or interpersonal nature”
Shertzer dan Stone (1974) dalam Abdul
Ghani Sulaiman (2003) menegaskan bahawa kaunseling adalah proses interaksi yang
membolehkan individu ini memahami diri dan situasinya. Proses ini akan
mengakibatkan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup individu itu
sehingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar diambilnya untuk masa depannya.
Bimbingan
Muhd Mansur Abdullah & Siti
Nordinar Mohd Tamin (1996) bimbingan merupakan bantuan yang diberikan kepada
individu yang bertujuan untuk mengembangkan pemahaman terhadap diri sendiri dan
juga terhadap sesuatu di persekitarannya. Begitu juga antara terma kaunseling
dan bimbingan juga sering digandingkan bersama apabila menyentuh isu-isu yang
berkaitan seperti menurut Failor dalam Muhd Mansur Abdullah & Siti Nordinar
Mohd Tamin (1996) bimbingan dan kaunseling itu merupakan khidmat membantu individu
dalam proses pemahaman diri dan penerimaan dirinya, memahami dirinya dari segi
ekonomi buat masa kini dan perencanaan masa depannya, serta menyesuaikan pula
kedua-dua pembolehubah pemilihannya itu mengikut kepuasan dan keberkesanan
dirinya.
PERBEZAAN ANTARA
PSIKOTERAPI, KAUNSELING DAN BIMBINGAN
Rickey (1995) menyatakan satu masalah yang sering
dihadapi oleh pengamal kaunseling iaitu dalam membezakan antara kaunseling dan
psikoterapi. Beliau menegaskan usaha dalam membezakan kedua-dua aspek ini belum
dijumpai yang mendapat kelulusan secara universal. Sesetengah pengamal
berpendapat bahawa adalah tidak perlu dibezakan kerana penggunaan terma ini
boleh digunakan secara sinonimnya. Ini adalah kerana kaunselor-kaunselor yang
terlatih juga biasanya dilatih sebagai psikoterapi.
Walau bagaimanapun, menurut Rickey (1995), perbezaan
antara psikoterapi dan kaunseling yang dibuat adalah samar dan tidak jelas.
Cottone dalam Rickey (1995) membezakan kedua-dua faktor ini dari aspek sejarah,
jenis klien, seting tempat, perbezaan matlamat dan keseriusan yang dihadapi
oleh klien. Perbezaan ini kelihatan samar kerana program-program di hospital
juga menyediakan perkhidmatan kaunseling seperti juga terapi di mana individu-individu yang terlatih
dalam bidang kaunseling juga diambil bekerja dalam seting psikologi dan psikiatri. Dalam kata
lain kaunselor juga menyediakan perkhidmatan seperti prikoterapis dan
psikoterapis juga menyediakan perkhidmatan kaunseling. Walau bagaimanapun dalam
menyediakan perkhidmatan yang sama, kaunseling dan psikoterapi adalah berbeza.
Kaedah Amalan
Dari segi perlaksanaannya, Mahmood
Nazar Mohamed (2001) menjelaskan bidang psikoterapi menggunakan teknik yang
dikenali sebagai hipnoterapi bagi tujuan membantu pesakit mengenali dan
memahami masalah yang menyebabkan kecelaruan jiwa yang sedang mereka alami
seperti yang dicadangkan oleh Klienhauz (1985) iaitu hipnoterapi ialah sejenis
alat yang boleh menolong psikoterapis. Harper dan Parloff dalam Ab Alim Abd
Rahim (1994) menyatakan sekarang terdapat lebih kurang 130 pendekatan
psikoterapi yang berbeza-beza di antara satu sama lain. Kesemua pendekatan
mempunyai kriteria sebagai asas proses psikoterapi. Terdapat empat kriteria
iaitu diterima, meluaskan konsep kendiri, mempelajari tingkah laku yang baru
dan mengalami perasaan.
Mahmood
Nazar Mohamed (2001), pakar psikiatri sering menggunakan dadah dan ubat-ubatan
untuk merawat dan meredakan penyakit mental di samping menjalankan penyelidikan
dalam bidang tersebut dengan menggunakan kaedah psikoterapi. Ab Alim Abd Rahim
(1994) proses psikoterapi melibatkan beberapa perkara penting dengan
menggunakan model pendekatan iaitu Psikoanalisis, Tingkah Laku, Kemanusiaan,
Kewujudan dan Antara Perseorangan. Psikoterapi melibatkan seorang atau lebih
ahli terapi juga melibatkan seorang atau lebih yang ditolong. Kaedah
psikoterapi yang digunakan merupakan kaedah psikologi bagi membantu mengatasi
tingkah laku bilazim dan jarang digunakan untuk masalah harian.
Kaunseling pula mempunyai beberapa
jenis pendekatan iaitu pendekatan krisis, pemulihan, pencegahan dan
perkembangan. Kaunseling juga melihat dan menitikberatkan kepada bidang
psikososial, kognitif, afektif, fizikal, seksual, vokasional dan kerjaya. Dalam
menjalankan sesi kaunseling terdapat juga beberapa proses, teknik dan kemahiran
yang digunakan berdasarkan kepada teori-teori yang diperkenalkan oleh
pelopor-pelopor barat. Antara teori-teori yang digunakan dalam kaunseling
adalah teori Psikoanalitik, teori Gestalt, teori Realiti, teori Adler dan
lain-lain lagi.
Dalam sesi kaunseling terdapat
beberapa proses iaitu satu urutan peristiwa yang berlaku dalam satu jangka masa
dan berkembang dari satu peringkat ke satu peringkat sehingga mencapai matlamat
kaunseling itu sendiri. Abdul Ghani Sulaiman (2003) kaunseling merupakan proses
berkongsi daripada segi intelek dan emosi di antara kaunselor dan klien. Aspek
kemahiran juga amat dipentingkkan dalam menjalankan sesi kaunseling. Untuk
menjayakan proses kaunseling kaunselor perlu mengetahui dan mempunyai kemahiran kaunseling yang
dikendalikan. Sapora Sipon et al (2003) kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai
oleh kaunselor adalah seperti kemahiran menyoal, kemahiran berkomunikasi,
kemahiran melakukan dorongan minima, kemahiran memparafrasa, kemahiran membuat
klarifikasi, kemahiran membina hubungan, kemahiran meneroka, kemahiran
berempati, kemahiran menghadapi kesenyapan, kemahiran mengetahui teori dan
teknik-teknik kaunseling.
Rickey (1995) terma bimbingan masih
digunakan kepada asas perkhidmatan menolong yang terhad walaupun ia memberi
fokus seakan sama dengan kaunseling. Berdasarkan kepada konsep yang digunakan
dalam pelbagai aktiviti, bimbingan adalah ke arah mendidik terutamanya kepada
pelajar terutama dalam memilih kerjaya. Bimbingan juga merupakan satu elemen daripada
aktiviti kaunseling dalam membantu individu seperti kaunseling kelompok, konsultasi
dengan pihak pentadbir dan guru dan juga kaunseling keluarga.
Profesional yang terlibat
Mahmood Nazar (2001), pakar
psikoterapi mempunyai Ijazah Kedoktoran (ph.D.) dalam bidang psikologi. Tumpuan
mereka ialah pesakit yang menghadapi masalah jiwa yang serius dan juga yang
tidak begitu serius. Mereka menggunakan kaedah percakapan (verbal) dalam
mengendalikan rawatan sakit jiwa atau kecelaruan tingkah laku. Manakala
kaunselor pula menurut Brems (2001) adalah seorang yang mempunyai kelulusan
ijazah dalam bidang kaunseling.
Matlamat
Rickey (1995) menyatakan dalam
konteks yang kontinum matlamat psikoterapi adalah lebih kepada melibatkan
keseluruhan perubahan ke atas struktur peribadi klien, manakala matlamat
kaunseling adalah tepat dan terbatas, lebih terarah kepada perkembangan, lebih
berkaitan dengan situasi segera dan lebih mengutamakan dalam membantu individu
agar berfungsi dan menjalankan peranan dengan sebaiknya.
Byrne dalam Sapora Sipon et al (2003)
menyatakan matlamat kaunseling bagi kaunselor adalah untuk menggunakan
kemahiran teknikalnya dengan berasaskan penghargaan terhadap individu, tanpa
mengira pendidikan, kecerdasan, warna kulit atau latar belakang individu tersebut.
Untuk membantu pihak yang dikaunsel mencapai kesedaran tentang dirinya serta
mengekalkan kesedaran tersebut supaya dia menjadi orang yang bertanggung jawab
terhadap dirinya dan ini dapat meningkatkan perhatian terhadap kesejahteraan
orang lain, dan membantu pihak yang dikaunsel menggunakan dengan sepenuhnya
potensi dirinya yang selaras dengan cara hidupnya dan batas etika
masyarakatnya.
Klien dan Tempat
Rickey (1995) menyatakan dari aspek profesional
berhubung dengan klien pula adalah psikoterapis berhubung dengan klien yang
neurotik atau psikotik manakala kaunselor berhubung dengan individu yang
normal. Seting tempat juga berbeza kerana psikoterapis lebih tepat berada di
hospital manakala kaunselor bekerja dalam seting pendidikan dan organisasi-organisasi
lain.
Perbezaan dan persamaan antara psikoterapi, kaunseling
dan bimbingan.
Aspek perbezaan dan
persamaan
|
Psikoterapi
|
Kaunseling
|
Bimbingan
|
Jenis
pekerjaan
|
Psikoterapis,
Terapis, Seorang yang profesional dan terlatih dalam bidang berkenaan
|
Kaunselor,
seorang yang profesional dan terlatih dalam bidang berkenaan
|
Sesiapa sahaja
tidak kira individu (guru, pentadbir dsb), tidak profesional
|
Kaedah
menolong
|
Merawat
pesakit menggunakan kaedah psikologi disamping ubat-ubatan, klien yang
menghadapi masalah yang serius, berlandaskan etika, mempunyai proses, teori
sebagai garis panduan pelaksanaan, menggunakan kemahiran-kemahiran kaunseling
|
Menolong klien
mengenal diri, klien yang normal dan tidak memerlukan ubat-ubatan,
berlandaskan etika, mempunyai proses, teori sebagai garis panduan
perlaksanaan, menggunakan kemahiran-kemahiran kaunseling
|
Memberi
bimbingan, tunjuk ajar, tiada syarat etika, tidak melalui proses, tiada teori
khusus, menggunakan kemahiran-kemahiran kaunseling
|
KESIMPULAN
Berdasarkan penjelasan di atas dapatlah disimpulkan
bahawa dalam perhubungan menolong bolehlah diklasifikasi sebagai perbezaan perhubungan
menolong yang profesional dan perhubungan menolong bukan profesional.
Psikoterapi dan kaunseling merupakan perhubungan menolong yang profesional
kerana ia melibatkan proses-proses, teknik-teknik berasaskan teori-teori yang
dijalankan oleh seorang yang profesional seperti psikoterapis dan kaunselor. Ia
juga dikatakan profesional kerana mempunyai etika-etika yang perlu dipatuhi dan
dijalankan dalam sesuatu seting yang dibenarkan sahaja. Manakala perhubungan menolong dalam bimbingan
tergolong dalam bukan profesional kerana ia tidak melibatkan proses dan
pengendalinya juga tidak memerlukan seorang yang profesioal.
Psikoterapi dan kaunseling dapatlah dibezakan melalui
intervensi yang dijalankan iaitu psikoterapi dijalankan kepada klien yang
mempunyai masalah kejiwaan yang lebih serius berbanding kaunseling yang
dijalankan kepada klien yang normal. Secara keseluruhannya adalah menjadi
kesukaran dalam membezakan antara psikoterapi dan kaunseling kerana dalam
kebanyakan bahan rujukan didapati perkataan psikoterapi biasanya digandingkan
dengan kaunseling dan terma bimbingan juga digandingkan bersama dengan kaunseling.
Ini membawa maksud bahawa ketiga-tiga elemen ini saling berkait dan sukar untuk
dibezakan hanya dari aspek-aspek tertentu sahaja. Melalui pengertian ini
bolehlah disimpulkan bahawa dalam psikoterapi terdapat elemen kaunseling dan
bimbingan, dalam kaunseling terdapat elemen bimbingan tetapi dalam bimbingan
tiada elemen psikoterapi dan kaunseling.Walau bagaimana sekalipun, dalam usaha
untuk membezakan ketiga-tiga aspek ini iaitu psikoterapi, kaunseling dan
bimbingan terdapat juga suatu persamaan iaitu dari aspek kemahiran yang
digunakan dalam perhubungan menolong ini. Elemen-elemen kemahiran seperti
empati, membina perhubungan, kemahiran menyoal, kemahiran mendengar, kemahiran
interpersonal, kemahiran membuat refleksi, kemahiran meneroka, kemahiran
merumus dan sebagainya amat membantu dalam ketiga-tiga perhubungan menolong ini.
Dengan menggunakan kemahiran-kemahiran tersebut dapat mengoptimakan
keberkesanan dalam menjalankan ketiga-tiga perhubungan menolong ini.
"HIDUP BIARLAH BERPANDUKAN ALQURAN DAN HADIS" Helper
minta izin untk di copy,
BalasPadamTK
Thank's Infonya Bray .. !!!
BalasPadamwww.bisnistiket.co.id
tq..amat membantu dlm memahami konsep ini..
BalasPadamjutaan terima kasih....sangat membantu saya memahami topik ini..... yang kini sedang mengikuti pengajian master dalam bidang berkaitan
BalasPadamAlhamdulillah...moga bermanfaat buat semua.
BalasPadamSo..boleh kah digabungkan beberapa teknik kaunseling dan hipnoterapi dlm mbantu klien dimana beban yg dihadapi klien tidak selesai dengan kaunseling sahaja?
BalasPadammntak copy sbgai rujukan yee . tq
BalasPadamJutaan terima kasih, sangat bermanafaat kepada saya sebagai rujukan.
BalasPadamMINTA IZIN COPY TQ
BalasPadamMINTA IZIN COPY TQ
BalasPadamGuru KDP Bimbingan &Kaunseling 2012
BalasPadamRawatan Psikoterapi yang menggunakan kaedah Kaunseling interpersonal sematamata tanpa memikirkan tempoh bimbingan mungkin mendatangkan kesan kepada golongan interprising .
Kenyataan :YA atau TIDAK
Disebabkan ada perang psikologi antara golongan realistik. MAY2012KDP