Renungan

Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya.

Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu , tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara, - Abraham Lincoln

Jika kejahatan dibalas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuju – La Roche

Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi – Confucious

Setiap mata yang yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.

Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab – Nabi S.A.W

Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi.

Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji.

Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan.

Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain, kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya.