Rabu, Julai 22, 2009

Puisi : Mengharap Rahmat Tuhan

Mengharap Rahmat Tuhan

Ku Atur Langkah…
Perjalanan Yang Hanya Tinggal Sisa
Dari Kehidupan Yang Sia-sia
Menghirup Debu Kota
Dari Jiwa Dan Akal Yang Alpa
Meniti Lorong-Lorong Gelita
Heroin, Morphine Menjadi Teman Setia!

Ahh..!
Ku Gagahi Bangun Semula
Walau Berkali-kali Ku Rebah
Bangun, Jatuh! Bangun…Jatuh…!
Aku Bagai Tiada Daya
Melawan Gian Yang Ada

Tuhanku…
Hamba Ini Banyak Dosa!
Taubat Nasuha Dan Berdoa
Agar Dapat Bangun Semula
Menjalani Hidup Bagai Hamba
Kepada Tuhan Yang Maha Kuasa
Bukan Mangsa Dadah Durjana

Ya Tuhanku…
Bimbinglah Aku Ke Jalan Yang Kau Redza
Agar Matiku Tidak Sia-Sia
Mendapat Rahmat Di Akhirat Mu Jua!



Nukilan;
Mazita Ahmad
UPSI / 10.8.2004

(Puisi ini saya karang ketika di pengajian Sarjanamuda Kaunseling UPSI sesi 2002/03)

"HIDUP BIARLAH BERPANDUKAN ALQURAN DAN HADIS"

3 ulasan:

  1. Bersyukurlah insan yang sedar akan kekhilafan diri dan bantulah insan lain agar menemui jalan yang benar di muka bumi ini.

    BalasPadam
  2. Ye la cikgu nora, Allah dah meletakkan kita supaya dapat membantu insan lain yang tersasar dari jalan yang sebenar. Harap2 usaha sekecil ini diberkati olehNya.

    BalasPadam
  3. Ada artikel yang baik yang telah pos ke FB dan juga kopi ke wasap. Halai lah no cikgu.

    BalasPadam