Nampaknya hari ni hari saya rajin mengemaskini blog! 🙂
Sebenarnya saya baru pulang dari membeli baju panas yang terpakai untuk ke Turki pada minggu hadapan. Dalam perjalanan pulang tadi, baju tersebut saya telah hantar ke kedai dobi untuk dicuci.
Baju panas ni jika nak beli baru memanglah mahal harganya. Bagi golongan marhaen seperti saya dapat membeli baju panas yang terpakai tapi berkualiti tinggi sudah cukup baik.
Bagi anda yang tercari-cari di mana ingin mendapatkan baju-baju panas terpakai yang berkualiti tinggi eloklah berkunjung sebuah kedai yang terletak di Puchong. Kedai ini terletak di kawasan perumahan. Saya mendapat maklumat tentang kedai ini daripada salah satu group whatsapp saya yang mengatakan harga barangan di kedai ini sangat berpatutan. Malah, pemilik kedai ini, Encik Eri juga menjalankan kerja-kerja amal dengan menyalurkan sebahagiaan hasil jualannya ke Tabung Bantuan Syria. Beliau juga mengumpulkan pakaian-pakaian panas hasil sumbangan badan-badan NGO ke Syria untuk membantu rakyat dan saudara kita di sana yang dalam kesejukan.
Pandangan di hadapan kedai En Eri |
Baju tebal yang labuh banyak dalam koleksi ini. Pakaian untuk kanak-kanak juga banyak! |
Jaket tebal untuk musim sejuk |
Ini alamat jika anda ingin berkunjung ke sana, tapi pastikan anda call atau whatsapp dulu tau! |
Saya ke sana dengan hasrat ingin mencari baju yang sederhana tebal dan labuh memandangkan musim ini di Turki tidaklah terlalu sejuk. Cuaca lingkungan 20 ͦ C pada waktu siang dan paling sejuk di waktu malam
9 ͦ C. Saya dapat sehelai baju seperti yang saya inginkan dengan harga yang sangat berpatutan iaitu RM100. (Nanti saya cuba uploadkan gambar baju tu nanti). Saya dihadiahkan pula dengan sehelai mafla.
Kasut musim winter juga banyak dijual di sini |
Ini lagi koleksi kasut |
Sebelum pulang, Encik Eri menghadiahkan kami 2 helai baju yang agak nipis yang menurutnya pelanggan kurang berminat lagi kepada baju tersebut. Wah! Gembiranya hati...dapat baju yang murah dan hadiah lagi.
Saya doakan semoga perniagaan Encik Eri berkembang maju dan beroleh keberkatan hidup di dunia dan akhirat.
"HIDUP DENGAN BERPANDUKAN ALQURAN DAN HADIS" Ummu Hakim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan