Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dah lama rasanya saya tak update laman blog ni...Hari ni saya nak berkongsi pengalaman kali pertama menyertai Minggu Penyelidikan dan Inovasi 2018 baru-baru ini.
Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA) di bawah Pusat Pengurusan Penyelidikan, Inovasi & Pengkomersilan, Research Management, Innovation & amp; Commercialization Centre (RMIC) telah menganjurkan MINGGU PENYELIDIKAN DAN INOVASI 2018 (MPI'18).
MPI’18 telah diadakan pada 7 - 9 April 2018 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu. Sebenarnya saya telah lama tercari-cari pertandingan inovasi seumpama ini untuk saya pertandingkan model yang saya hasilkan melalui kajian PhD saya ini. Saya mendapat maklumat pertandingan inovasi ini selepas beberapa hari tarikh penyertaannya ditutup. Namun, saya cuba menghantar emel dengan bertanya kepada penganjur sama ada saya masih boleh menyertai pertandingan ini. Alhamdulillah... saya mendapat balasan emel yang positif daripada penganjur! Pihak pengajur meminta saya menghantar borang permohonan dan abstrak pada hari tersebut juga.
Untuk makluman semua, yuran sebagai peserta luar dikenakan sebanyak RM300.
Diringkaskan cerita....saya mula membuat persiapan untuk pertandingan inovasi tersebut.
Berikut adalah butiran mengenai poster dan booth:
1) Peserta bertanggungjawab untuk menyediakan poster.
2) Saiz poster adalah A1.
3) Saiz panel poster adalah 1m (lebar) dan 2.5m (tinggi).
4) Sebuah meja dan kerusi akan disediakan untuk setiap booth.
Dalam tempoh seminggu saya berusaha melakarkan reka bentuk poster dan brosur. Antara kandungan yang saya muatkan dalam poster tersebut adalah :
1. Tajuk
2. Pengenalan
3. Pernyataan masalah
4. Metodologi kajian
5. Dapatan kajian
6. Contoh aplikasi kes
7. Penutup
Saya menggunakan banyak imej grafik bagi menyokong 'text' agar persembahan poster nampak lebih baik dan tidak membosankan. Selepas siap draf tersebut, saya mendapatkan khidmat designer untuk kerja-kerja 'artwork' untuk design semula menggunakan grafik art work.
1. Upah design dan art work (poster, brosur dan kad nama) RM200
2. Print 2 keping poster (kertas glossy) + name card RM35
3. Print Bunting 1 pc RM12
4. Print brosur RM133
Untuk hiasan-hiasan atas meja, saya bawa sendiri pasu bunga kecil, raga, tudung meja, extension wire, peralatan dan alat stationery perlu bawa sebab kita sangat memerlukan peralatan seperti double sided tape, stapler, kertas A4. Even, printer pun suami saya angkut sekali...hehe.
Saya mula bertolak ke Kuala Terengganu pada pagi 6hb April tu, sebab saya dikehendaki mendaftar dan memasang poster di booth yang telah ditetapkan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Setiba di Stadium Gong Badak, saya terus mendaftarkan diri dan mendapatkan booth untuk memasang dan menghiaskan booth yang diberikan. Kerja-kerja pemasangan dilakukan oleh suami saya yang terkenal dengan sifat ringan tulangnya...! Sekejap jer...dah pun siap.
Suami saya sedang melakukan kerja-kerja pemasangan dan persiapan tempat |
Pada hari kejadian, hati saya berdebar-debar juga sementara menunggu kedatangan dua orang juri untuk menilai poster dan projek yang saya jalankan ini. Berikut adalah komen juri:
1) Juri yang pertama seorang wanita - Juri bertanyakan tentang penerbitan buku. Ye...saya belum terbitkan buku berkaitan model yang saya hasilkan ini. Insya Allah..pembaca doakan suatu hari nanti saya akan terbitkan buku tersebut.
2) Juri kedua, seorang lelaki - bertanyakan tentang paten produk. Juga...jawapan yang sama belum ada. Juri ini memberi galakan agar saya teruskan usaha untuk mengetengahkan model ini. Saya bermotivasi mendengar saranan beliau.
Inilah booth saya. Atas meja tu saya letakkan raga yang ada brosur, buku pelawat, artikel-artikel saya dan name card. |
...
Kami menginap di bilik cabin dengan sewa satu malam sebanyak RM50 sahaja (nak jimat kos).
Sebelum tidur, saya suruh anak bertuah saya, Syarha doakan saya bawa balik sebarang medal...tak kisah apa medal sekalipun... Jiran booth saya yang sudah kerap masuk pertandingan inovasi, beliau menyatakan sekiranya kita dapat memenangi hati juri dengan mendapat apa-apa medal, bermakna kerja-kerja kita sudah mendapat pengiktirafan orang...ooooh gitu rupanya.
...
Jeng-jeng!
Pada hari terakhir majlis penutup, pemenang Gold Medal dijemput ke atas pentas untuk menerima hadiah. Pemenang Silver dan Bronze perlu meneliti nama di paparan kertas di belakang dewan. Berlari-lari anak saya setelah mendengar pengumuman tersebut. Dalam hati terus berdoa! Bukan menang untuk riak, tetapi ingin memeriksa model tersebut menepati kehendak juri tak..itu saja.
Saya mendapatkan paparan di kiri dewan dulu sebab di kanan terlalu ramai orang...tak nampak pula nama saya di situ. Lantas saya ke kanan pula...cari satu demi satu tak ada juga. Alahai...tak puas hati ni! Saya ke kiri semula, teliti satu persatu...bukan senang tau...tulisan yang dilekatkan di dinding tu..kecil! Dan kami para peserta berasak-asak untuk melihat nama masing-masing. Cuba bayangkan..kelam kabut juga.
Akhirnya, saya ternampak juga nama saya disenaraikan di bawah Anugerah Silver Medal. Alhamdulillah! Nasib baik Allah gerakkan hati saya untuk kembali ke kiri dewan meneliti nama-nama tersebut.
Nampak No 50 tu? hehe...Alahai..jenuh membelek baru nampak! |
Silver Medal MPI '18 |
Syukur, Alhamdulillah!
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak memberi idea kepada pembaca sekiranya untuk menyertai pertandingan inovasi.
Selamat maju jaya.
"HIDUP DENGAN BERPANDUKAN ALQURAN DAN HADIS" Ummu Hakim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan