Isnin, November 21, 2016

JADILAH SEORANG YANG BAIK, MESKIPUN ENGKAU TIDAK DILAYAN DENGAN BAIK


Antara ungkapan Ibn al-Qayyim yang paling indah:
"Seseorang kawan rapat tidak berkongsi kesakitan denganmu, seorang kekasih tidak menanggung keperitanmu, seorang rakan karib tidak menggantikan tempatmu untuk berjaga malam.

Ambil beratlah tentang dirimu sendiri, jagalah ia, pimpinlah ia, jangan kamu layan peristiwa yang berlaku melebihi kadar yang sepatutnya.

Pastikan dengan sebenar-benarnya, ketika engkau bersedih, tiada yang boleh menenangkanmu kecuali dirimu sendiri. Ketika engkau tewas, tiada yang boleh memenangkanmu selain dirimu sendiri. Kemampuanmu untuk bangkit semula tiada yang memilikinya selain dirimu.

Janganlah kamu cari nilai diri kamu pada pandangan manusia. Carilah ia dalam jiwa kamu sendiri. Bila jiwa itu tenang, terangkatlah kedudukan. Bila kamu telah kenal diri kamu, maka apa yang dikatakan kepadamu tiada kesan mudaratnya lagi.

Usahlah kamu tanggung beban keresahan hidup di dunia kerana ia adalah milik Allah. Usah jua kamu pikul beban keresahan mencari rezeki kerana ia adalah dari Allah dan usahlah jua kamu pikul beban keresahan mengejar masa depan kerana ia adalah di Tangan Allah.

Yang perlu kamu pikul hanyalah satu beban keresahan sahaja, iaitu bagaimana hendak melakukan perkara yang meredhakan Allah, kerana bila engkau meredhakan Allah, Dia akan meredhaimu, mencukupi bagimu dan memadai untukmu.

Janganlah kamu berputus asa dengan kehidupan yang menyebabkan hatimu menangis. Sebaliknya, katakanlah: "Ya Allah! gantikanlah untukku dengan kedua2 kebaikan di dunia dan akhirat..

Kedukaan itu akan hilang dengan satu sujud. Manakala kegembiraan akan datang dengan satu seruan. Allah tidak akan sekali-kali melupakan kebaikan yang telah engkau buat atau keresahan yang telah engkau tolong hilangkan atau mata yang hampir menangis yang engkau tolong ceriakan.

Hiduplah di atas prinsip :
Jadilah seorang yang baik, meskipun engkau tidak dilayan dengan baik. Bukan kerana mereka. Tetapi kerana "Allah suka kepada orang yang baik".

Pesan berpesan dengan kebenaran, pesan berpesan dengan kesabaran.

"HIDUP DENGAN BERPANDUKAN ALQURAN DAN HADIS" Ummu Hakim

6 ulasan:

  1. Salam Puan.. saya Masliza dari Putrajaya.. Saya mempunyai anak yang dilahirkan yang mempunyai masalah yang sama dengan anak syurga puan. boleh saya tahu perkembangan anak puan bagaimana sekarang? anak saya berusia 9 bulan sekarang ini. dan telah menjalani prosedure di IJN. anak saya juga seorang puteri. diharap puan dapat kongsi kan dengan saya..
    Email luvejad@gmail.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Puan Masliza, saya telah hubungi puan melalui emel tapi tiada balasan dari puan. Saya terfikir kemungkinan puan tidak membaca emel saya. Jika ada keperluan puan boleh hubungi saya di talian 0174118687.Semoga Allah merahmati kehidupan puan sekeluarga.

      Padam
    2. Salam Puan Masliza, saya telah hubungi puan melalui emel tapi tiada balasan dari puan. Saya terfikir kemungkinan puan tidak membaca emel saya. Jika ada keperluan puan boleh hubungi saya di talian 0174118687.Semoga Allah merahmati kehidupan puan sekeluarga.

      Padam
  2. Puan,saya telah hubungi puan melalui emel tapi tiada respons. Saya tidak pasti sama ada puan menerima emel tersebut atau mungkin juga termasuk dalam spam inbox.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam cikpuan, saya tidak pasti tentang emel tersebut. Mohon puan emel sekali lagi di mazrie71@yahoo.com.

      Padam
    2. Salam cikpuan, saya tidak pasti tentang emel tersebut. Mohon puan emel sekali lagi di mazrie71@yahoo.com.

      Padam