Sabtu, November 19, 2011

DETIK BAHAGIA DALAM HIDUP



Tanggal 2 Okt 2011 merakamkan detik yang penuh bersejarah buat saya dan keluarga. Saya masih lagi teringat ketika petugas yang memanggil para pelajar yang bakal menerima ijazah sarjana beratur untuk menaiki pentas...saya begitu teruja, dalam jiwa penuh rasa kesyukuran kerana dengan segala rahmat dan kasih sayangNya dapat saya menamatkan pengajian di peringkat sarjana....

Semasa beratur menaiki pentas, tangan terasa begitu sejuk, syahdu...dan segala perasaan yang indah,sayu, sedih menerpa ke benak saya. Masakan tidak, sejak awal pagi telefon bimbit asyik diterpa dan dihujani ucapan tahniah daripada sanak saudara dan sahabat handai...

Emm...hari yang begitu indah saya lalui dengan begitu bahagia sekali. Terima kasih ya Allah, kerana mengizinkan hambaMu ini mencari dan meraih ilmu yang tidak seberapa ini. Semoga dengan ilmu yang diperolehi dapat dipanjangkan lagi kepada insan-insan yang memerlukan. Saya sangat akur kerana keberkatan ilmu hanya diperoleh dengan berkongsi...

Di hujung kelopak mata ada air yang mengalir saat wajah tersenyum kegembiraan ketika keluar sahaja dari Dewan MAS itu, suami dan anak-anak menyambut seolah-olah sedang menanggung kerinduan yang panjang! Tergambar di kotak minda saya bagaimana saya mengharungi kesukaran berulang alik selama dua tahun setengah untuk menghadiri kelas-kuliah dan menamatkan pengajian itu. Lebih mengharukan perjalanan panjang yang saya lalui dengan penuh berliku semasa menyiapkan ijazah pertama selama empat tahun. Saban minggu berulang-alik untuk bertemu keluarga tanpa pernah mengenal erti penat dan jemu...akhirnya berkat kesabaran episod pengajian ini bersambung di peringkat sarjana pula....


"HIDUP BIARLAH BERPANDUKAN ALQURAN DAN HADIS"Helper

Tiada ulasan:

Catat Ulasan