MANFAAT SOLAT
Sumber : Hikmah Terapi Solat (2008) Oleh : Ahmad bin Salim Badwailan
Secara globalnya manfaat solat yang terkandung alam buku di atas seperti di bawah. Saya paparkan agar ianya menjadi ingatan buat kita semua dan semoga ianya bermanfaat dan menjadi motivasi untuk kita meningkatkan ibadah ini.
1. Solat merupakan usaha paling utama untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
2. Solat mengampuni dosa-dosa.
3. Solat menghilangkan keburukan.
4. Solat mengusir penyakit hasad.
5. Solat merupakan cara yang paling tepat untuk mengangkat darjat seseorang muslim.
6. Orang yang melaksanakan solat akan mendapat rahmat, selama dia masih berada dalam solatnya.
7. Jika seorang muslim masuk ke dlam neraka, maka tidak akan terkena api tempat-tempat sujudnya (anggota tubuh sujudnya).
8. Solat merupakan sebab seseorang dapat melakukan sujud kepada Allah swt pada hari khiamat.
9. Solat dapat meningkatkan tenaga anggota badan dan mententeramkan jiwa.
10. Solat merupakan makanan roh dan hati.
11. Solat mendatangkan rezeki.
12. Solat merupakan cahaya bagi orang-orang beriman di dunia dan akhirat.
13. Solat dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit hati.
14. Allah s.w.t memerintahkan hamba-Nya untuk memohon pertolongan kepada-Nya, baik dalam urusan dunia dan akhirat, dengan melaksanakan solat.
15. Orang yang melaksanakan solat secara berjemaah akan mendapat rasa aman dan penjagaan dari Allah s.w.t.
16. Solat akan membuatkan pelakunya sentiasa berzikir kepada Allah s.w.t.
17. Allah s.w.t melipat gandakan pahala solat.
18. Penjaga solat merupakan sebab diterimanya semua amal ibadah.
19. Dengan menjaga solat, seorang munlim selamat daripad sifat orang-orang munafik.
20. Menjaga solat akan menyelamatkannya daripada dibangkitkan bersama Firaun, Qarun, Haman dan Ubay bin Khalaf pada hari khiamat.
21. Solat memberi ketenangan hati.
22. Solat menghiburkan hati dan mencerahkan wajah.
23. Solat mencegah perbuatan keji dan mungkar.
24. Solat menjauhkan dari perbuatan zalim.
25. Solat mengatasi nafsu syahwat.
26. Solat menjaga keabadian nikmat dan mencegah laknat.
27. Solat mengubati penyakit hati dan gangguan syahwat dan perkara-perkara syubhat.
28. Solat mendatangkan rahmat dan menghilangkan kegundahan.
29. Solat memberikan motivasi saling tolong menolong dalam kebaikan dan ketaqwaan dan saling menasihati dalam kebenaran dan kesabaran.
30. Solat jemaah membuat saling mengenali di antara sesama kaum muslimin.
31. Solat dapat memberi pengajaran kepada orang bodoh.
32. Solat mampu menggentarkan hati orang munafik.
33. Tercapainya rasa kasih sayang di antara sesama kaum muslimin, kerana kedekatan badan akan memotivasi kedekatan hati.
34. Menampakkan syiar Islam dan dakwah, baik dengan perkataan mahupun perbuatan.
35. Solat memiliki pengaruh yang mengagumkan bagi terciptanya kebahagiaan di dunia dan akhirat. Lebih-lebih lagi apabila solatnya disempurnakan, baik secara zahir mahupun batin. Tidak ada kebahagiaan yang diperolehi oleh seorang muslim di dunia dan akhirat melebihi kebahagiaan yang diperoleh dari solatnya. Tidak ada juga kemaslahatan di dunia dan akhirat yang diperolehi melebihi kemaslahatan dari solat. Ini kerana, solat merupakan penghubung di antara hamba dan Tuhan-nya. Dengan pendekatan seorang hamba kepada Tuhan-nya, maka akan dibukakan baginya pelbagai jenis kebaikan serta dikurangkan atau dicegah munculnya berbagai kejahatan dan kerosakan darinya. Tidak ada musibah yang menimpa seseorang, kecuali musibah itu akan dirasakan ringan penderitaannya oleh orang yang melaksanakan solat.
36. Solat akan memudahkan kesusahan dan menjadikan seseorang mampu memikul bebannya. Oleh kerana itu, ketika sedang dilanda kesusahan dan kegundahan hati, orang-orang yang melaksanakan solat dengan khusyuk akan mendapat pengaruh dan kesan positif yang sangat baik.
37. Solat dapat menghapuskan dosa-dosa, mengangkat darjat serta menambahkan kebaikan dan kedekatan seseorang hamba dengan Tuhan Pencipta bumi dan langit.
38. Solat menciptakan akhlak yang baik, wajah yang ceria dan jiwa yang bersih.
39. Solat membuatkan orang yang melaksanakannya menjadi berwibawa, memiliki keperibadian yang mulia dan terangkat darjatnya daripada pelbagai macam kehinaan.
40. Solat merupakan bekalan rohani yang tidak terputus dan bekalan maknawi yang tidak akan habis.
41. Solat merupakan makanan dan minuman yang terbaik bagi asas keimanan kerana solat dapat menguatkan dan meningkatkan keimanan.
42. Melaksanakan solat secara terus menerus menguatkan keinginan seseorang untuk melakukan pelbagai macam kebaikan, memudahkan melakukan ketaatan kepad Allah s.w.t. serta menghilang atau paling tidak melemahkan keinginan melakukan kejatahan dan perbuatan maksiat. Kenyataan ini dapat kita saksikan dan rasakan. Apabila anda melihat orang yang rajin melaksanakan solat, baik yang wajib mahupun yang sunat, malah anda akan melihat pengaruh solat itu dalam seluruh perbuatannya.
43. Solat menjadikan seseorang tetap teguh pendirian dalam keadaan sedang terjadi fitnah dan terbukti orang-orang yang tekun melaksanakan solat adalah yang paling teguh pendiriannya ketika sedang terjadi fitnah.
44. Solat dapat memadamkan api kecemburuan dalam hati seorang mukmin di atas apa yang diharamkan oleh Allah s.w.t.
45. Secara perubatan, solat merupakan olahraga yang mengandungi pelbagai jenis gerakan yang menguatkan otot dan bermanfaat bagi badan.
46. Di antara manfaat tersebut adalah solat dapat mengencangkan otot-otot perut, kerana solat merupakan olahraga jiwa dan badan sekaligus. Solat terdiri dari beberapa gerakan dan berbagai macam kedudukan yang menggerakkan persendian tulang dan kebanyakan anggota dalam tubuh seperti usus besar dan semua alat pernafasan. Selain itu, solat didahului dengan bersuci secara berulang kali yang juga memilih manfaat yang sangat besar. semua manfaat itu, dapat kita rasakan dan saksikan serta tidak ada yang menginginkannya kecuali orang yang bodoh.
47. Di antara manfaat solat yang juga menyihatkan adalah solat dapat menerangi hati, melapangkan dada, serta menenangkan hati dan jiwa. Para doktor telah mengetahui bahawa usaha untuk menenangkan hati, menyenangkan dan menghilangkan kesedihan dan kegundahannya merupakan sebab yang paling besar bagi kesihatan dan dapat meringankan penyakit seorang pesakit. Kenyataan ini dapat disaksikan dan dirasakan ketika solat terutama dalam solat malam dan waktu sahur.
48. Solat merupakan ubat bagi pelbagai jenis penyakit kejiwaan seperti kedekut, lokek, hasad, dengki, takut yang berlebihan dan penyakit lain.
49. Manfaat lain yang dikemukakan para doktor adalah memiliki manfaat yang sangat besar, kerana otak mendapat manfaat yang sangat besar dan solat yang dilaksanakana dengan khusyuk. Perkara ini diakui oleh para doktor terkemuka masa sekarang. Inilah bukti yang sangat jelas mengapa para sahabat Nabi s.a.w. kuat berfikir dan akalnya sihat, mata hatinya terbuka, kuat kasih sayangnya dan kuat keinginannya untuk melaksanakan kebajikan.
Kadang-kala kita terlepas pandang ibadah yang sering kita lakukan ini tanpa kita ketahui atau mungkin juga kita telah ketahui tetapi sering pula kita terlupa akan manfaat yang kita peroleh daripadanya. Jadi, dengan adanya catatan ini supaya dapat mengingatkan pada yang lupa, memaklumkan pada yang belum tahu dan memantapkan ingatan bagi yang tahu. Ayuh, kita mantapkan solat yang kita dirikan dengan penuh kekhusyukan agar kita memperoleh manfaatnya.
Selamat beramal.
"HIDUP BIARLAH BERPANDUKAN ALQURAN DAN HADIS"Helper
Tiada ulasan:
Catat Ulasan