Selasa, Jun 23, 2009
PERJALANANKU
Semalam aku dipertemukan oleh Allah dengan beberapa kisah masyarakat yang secara realitinya berlaku di muka bumi ini. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan Maha Penyayang kerana menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian dan dibekalkan akal fikiran supaya mampu berfikir dan bertindak berpandukan iman. Saya sering mengaitkan kehidupan manusia ini dengan teori kaunseling yang diajar oleh ahli psikologis Barat iaitu Sigmund Freud. Di mana manusia bertindak berpaksikan kepada 3 elemen iaitu id, ego dan superego. Tetapi Islam terlebih dahulu menggariskan bahawa manusia ini bertindak berdasarkan tiga elemen juga iaitu nafsu, akal dan iman. Elemen Id yang selalu saya umpamakan seperti nafsu, ego pula umpama akal manakala superego adalah iman. Ketiga-tiga unsur ini memainkan peranan yang penting dalam tingkah laku manusia. Tindakan manusia mengikut Id(nafsu) sering mengundang permasalahan tanpa didorong oleh ego (akal) tetapi perlulah berpandukan kepada superego iaitu Iman kepada Allah s.w.t.
"HIDUP BIARLAH BERPANDUKAN ALQURAN DAN HADIS"
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan