Khamis, Jun 25, 2009

PERJALANAN HIDUP

Hidup ini tidak semudah seperti yang kita sangkakan atau seperti kita menonton filem atau drama minggu ini. Hidup ini menjadi begitu kompleks dan begitu rumit sekiranya tiada pegangan yang mendasari tindakan dan perlakuan kita sehari-harian. Bak kata pepatah dahulu "Bumi mana tidak di timpa hujan, lautan mana yang tidak bergelombang" begitu juga kehidupan kita sebagai insan di muka bumi ini. Tiada seorang pun manusia yang tidak di uji oleh Allah. Sedangkan junjungan besar Rasulullah SAW kita lagi hebat ujian yang Baginda hadapi tetapi ujian yang Allah timpakan ke atas kita tidak sehebat yang Baginda tempuhi. Justeru, sekali kita diuji tentu mempunyai sesuatu hikmah yang ingin Allah tunjukkan atau berikan kepada kita. Sebagai hamba yang diuji pula kita haruslah sentiasa sedar dan peka kepada ujian ini. Sesekali bawalah diri bermuhasabah dan menghitung kembali adakah segala tindakan kita berada di landasan yang benar atau tersasar dari perhitungan agama dan adat. Sekali kita melakukan kesilapan tidak bermakna kita tersilap selamanya justeru sesudah menyedari kita tersilap eloklah kita perbetulkan dan kembali ke pangkal jalan. Orang yang sedar setelah melakukan kesilapan pada saya tidak dianggap bersalah sekiranya beliau cuba untuk berubah tetapi mengulangi kesilapan yang sama pada kedua kalinya itulah yang menjadikan kesalahan. Sama-samalah kita memperbaiki diri agar kehidupan menjadi lebih bermakna.

"HIDUP BIARLAH BERPANDUKAN ALQURAN DAN HADIS"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan