Selamat hari lahir buat anakanda tersayang Sayyidah
Nur Syarha!
Setahun
kehadirannya banyak perkara besar berlaku dalam keluarga. Dulu bermukim di
Langkawi kini berpindah ke Putrajaya. Dulu abahnya bekerja tetapi kini bergelar seorang pesara!
Hari ini temujanji bersama Pakar Jantung Kanak-kanak.
Hasil echo jantung mendapati terdapat kebocoran pada injap kiri jantung Baby
Nur Syarha. Kemungkinan besar kerana terlalu banyak muatan darah yang melalui
injap kirinya berlaku kebocoran kerana ketidakmampuan menampung sejumlah besar
darah yang hanya melalui ‘single ventrical’ sahaja. Innalillahi waiina ilaihirojiun.
Sebagai ibu, saya perlu optimis! Doktor
menjalankan usaha sebaik mungkin membantu menyembuhkan anak saya namun doktor
bukanlah penentu hayat manusia.
Buat anakku Sayyidah Nur Syarha…doa ummi
mengiringi perjalanan hidupmu.
"HIDUP BIARLAH BERPANDUKAN ALQURAN DAN HADIS" Helper
Tiada ulasan:
Catat Ulasan