Tanggal 13 Julai 2014 jam 10.33 minit pagi…lahirkan
seorang puteri yang telah tertulis takdirnya oleh Allah Azzawajalla mengalami
masalah jantung Pulmunory Atresia With Intact Ventrical Septum. (Bilik kanan
jantung kecil dan langsung tidak berfungsi serta injap jantungnya tertutup).
Saya berikan namanya Sayyidah Nur Syarha….(cantik
namanya kan…)
Menyelusuri perjalanan hidup mujahidah
kecil Sayyidah Nur Syarha 13/4/2014 - 13/7/2014.
Hari ini genap 3 bulan usianya. Dilahirkan
di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar melalui pembedahan caesarean jam 10.33
pg dengan berat 2.40 kg. Dimasukkan terus ke ICU dengan bantuan pernafasan.
Baby telah disahkan mengalami penyakit
jantung kronik Pulmunory Atresia with intact ventrical septum (sindrom bayi
biru) sejak dari 5 bulan dalam kandungan melalui 'detail scan'. Tiada sesuatu
yang pelik atau ganjil dalam kandungan, pergerakannya aktif, degupan jantungnya
normal.
Setelah 3 hari di Hosp Alor Setar
dipindahkan ke Hosp Besar Pulau Pinang dan dimasukkan ke wad NICU dengan
bantuan pernafasan dan ubat prostaglandin bagi memastikan PDA jantungnya tidak
tertutup sebelum menjalani pembedahan. Seminggu di NICU, keadaan baby agak
stabil dan telah dipindahkan ke wad neonatal.
Menunggu beratnya mencecah ke 2.80 kg
sungguh menguji jiwa seorang ibu. Akhirnya sampai juga target 2.84 kg tetapi
doktor pakar di Hosp Penang kekurangan ahli dalam team untuk menjalankan
prosedur pembedahan untuknya.
Pada 19/5/2014 dipindahkan dari Hosp Penang
ke Hosp Serdang. Bertolak seawal jam 4.30 pagi dengan ambulan. Pada 20/5/2014
prosedur memasukkan tiub dan belon ke jantungnya dilakukan. Semasa prosedur
dijalankan jantungnya terhenti selama 10 minit dan bantuan cpr kali pertama
diberikan. Malangnya selepas hampir seminggu belon yang dimasukkan tidak
berkembang. Pada 27/5/2014 keadaannya bertambah kritikal, seluruh badannya
menjadi biru. Doktor menambahkan 9 jenis ubat2an bagi memastikan oksigen dapat
diangkut dari paru2 ke seluruh badan.
Pada 28/5/2014 suatu prosedur besar untuk
bayi sekecilnya dilakukan. Baby menjalani open heart surgery, BT Shunt
dipasangkan dan PDA diikat dan beberapa prosedur lagi bagi membolehkannya
meneruskan kehidupan.
Sepanjang berada di PCICU, 3 kali
jantungnya terhenti selama 5 - 10 minit. Bantuan CPR pula diberikan sebanyak 4 kali.
Pada mata zahir kelihatan perit dan
tersiksa... Kedua-dua belah tangan dan kaki semuanya biru kehijauan kesan
suntikan jarum. Apabila sukar untuk dapatkan salur darah di tangan dan kaki
yang telah lebam, doktor masukkan jarum di bahagian leher dan kepala. Kedua-dua
belah bahagian kepala dicukur rambutnya untuk dimasukkan jarum. Di kepala juga
habis lebam kesan tusukan jarum...
Begitu sukar perjalanan hidup yang
ditempuhnya...
Bantuan pernafasan juga sudah beberapa kali
cuba dibuka tetapi menemui kegagalan kerana baby tidak mampu bernafas tanpa
bantuan oksigen.
Hari ini genap 10 hari baby dipindahkan ke wad biasa. Oksigen telah dibuka sepenuhnya sejak 3 hari lalu.
Perjalanan hidupnya yang baru 3 bulan tetapi telah menempuh pelbagai dugaan. Baby perlu menempuh sekurang-kurangnya 2 lagi siri pembedahan iaitu glend operation pada usia 1 thn dan fontan operation pada usia 3 tahun.
Mudah-mudahan mujahidah kecil ini terus kuat dan tabah agar mampu menempuh ujian2 seterusnya dalam kehidupannya.
Moga Rahmat Allah terus bersama Sayyidah
Nur Syarha.
"HIDUP BIARLAH BERPANDUKAN ALQURAN DAN HADIS"
Helper
Tiada ulasan:
Catat Ulasan