Puisi ini divideokan ketika Syarha berusia hampir 2 tahun.
Memaparkan catatan dengan label jantung kronik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jantung kronik. Papar semua catatan
Isnin, Mei 29, 2017
Puisi Kasih Buat Anakanda Sayyidah Nur Syarha
Khamis, Mei 11, 2017
Syarha Menjalani Prosedur angiogram Ke 3
Baru-baru ni Syarha melalui prosedur angiogram tapi saya tak ingat kali ini kali yang ke-3 atau kali yang ke-4... Maklumlah dah banyak kali anak syurga saya jalani prosedur ni sampai ummi pun terkonfius kejap...tak kisah lah kali yang ke berapa kan...
Dipendekkan cerita angiogram kali ni adalah untuk mengkaji kondisi jantung Syarha untuk menjalani pembedahan akan datang.
Sebaik sahaja 'check-in' di IJN, Syarha macam biasa ceria...happy je mood dia...Cuba tengok gambar ni...happy dia kan, tambah-tambah lagi dapat bermain dalam bilik mainan tu...

Prosedur angiogram kali ni agak teruk sedikit daripada yang lepas-lepas. Kata doktor, disebabkan Syarha pernah menjalani pembedahan Glenn jadi angiogram kali ni mungkin akan dimasukkan melalui saluran di leher juga. Benar jangkaan doktor! Kali ni terdapat kesan tiga tempat, di kedua-dua belah pangkal paha dan di leher.
Keputusan angiogram ini membawa kepada kemungkinan dua pilihan prosedur untuk Syarha. Doktor dan pakar-pakar jantung akan bersidang untuk berbincang prosedur yang terbaik untuk Syarha. Sama ada untuk menjalankan pembedahan Right Ventrical Overhaul atau Fontan operation.
"HIDUP DENGAN BERPANDUKAN ALQURAN DAN HADIS" Ummu Hakim
Dipendekkan cerita angiogram kali ni adalah untuk mengkaji kondisi jantung Syarha untuk menjalani pembedahan akan datang.
Sebaik sahaja 'check-in' di IJN, Syarha macam biasa ceria...happy je mood dia...Cuba tengok gambar ni...happy dia kan, tambah-tambah lagi dapat bermain dalam bilik mainan tu...
Belum puas bermain, nurse dah panggil untuk ambil bacaan SPO2, timbang berat dan buat ujian ECG. Masa dan ambil bacaan SPO2 dan timbang berat, Syarha tak ada masalah tapi bila nurse nak buat ujian ECG mula lah dia meragam. Traumatik pun ada...dia sangat takut jika badannya dipegang orang dan nak lekatkan benda-benda alah tu kat badan dia bukan lah sesuatu yang mudah. Akhirnya, saya dan suami kena keluar dari bilik pemeriksaan tu tinggalkan dia dengan nurse-nurse sahaja.
Di luar bilik abangnya Si Alang rasa tak puas hati dengan tindakan saya.
"Sampai hati ummi tinggalkan adik macam tu saja dengan nurse, Ummi tak kesian ke pada adik? dengan sedih Alang bertanya kepada saya. Saya cakap, di luar kuasa ummi...nurse yang suruh ummi keluar...
Ummi perlu ikut lah...kata ummi kepada Alang.
Mengalir airmata si Alang...sedih juga tengok Alang tapi salah satu skilled yang perlu pada seorang ibu adalah berhati 'kering'...
Berakhir satu satu babak mengambil bacaan ECG, Syarha direhatkan sekejap. Dapatlah bermain dalam setengah jam, namanya dipanggil lagi. Kali ni untuk buat 'line' pula di tangan.
Hati sang ibu perlu lebih kental dari tadi. Mendengar suara jeritan dan tangisannya dari luar bilik prosedur amat meluluhkan jiwa seorang ibu.
Tapi apakah daya...
Selepas keluar dari bilik prosedur, tangannya sudah kemas berbalut. Syarha menunjukkan tangannya yang sakit sambil mengadu dalam sisa esak tangis yang masih ada.
Macam biasa, ummi pun pujuk lah...
Akibat keletihan menangis dan menjerit menahan sakit, Syarha tertidur. Seketika kemudian, nurse pun datang memeriksa suhu badan... Demam pula Syarha. Hrmm...mungkin kerana terkejut dan keadaan dirinya yang masih fobia dengan suasana hospital.
Tika tidur sepanjang malam...Syarha asyik mengigau memanggil 'Abah' dan 'Alang...Umi pun menepuk, memujuk...
Ummi ada sayang di sisimu...
Syarha dinasihatkan oleh doktor agar mula berpuasa pada jam 3 pagi. Tapi, jenuh la ummi mengejutkan dia bangun jam 2.30 untuk minum susu, dia tak nak bangun...mengantuk katanya. Kali terakhir Syarha minum susu pada jam 11.30 malam, itu pun 50ml jer...
Semoga anak ummi dapat bertahan sehingga prosedur dijalankan esok yer...
Pagi ni, Syarha bangun dengan ceria. Tapi jenuh juga memujuk untuk mandi dan bersedia untuk ke bilik prosedur angiogram. Jam 9 lebih Syarha dan mandi dan dah ready nak ke sana...
Tapi, dia tak mengerti apa-apa pun...
Ke mana nak dibawa...
Kenapa perlu pakai baju yang dibutangkan kat belakang...
Iya...dia masih tidak mengerti.
Lebih baik baginya tidak mengerti dan tak tahu apa-apa...
Inilah detik yang paling meluluhkan hati ummi!
Semasa ummi membawa Syarha ke bilik operation tu untuk dibius oleh pakar bius. Syarha tercengang-cengang, memerhatikan di sekeliling...peralatan yang besar-besar dalam bilik tu. Semuanya menimbulkan kehairanan buat dia...
Semasa pakar bius memasukkan ubat-ubat bius tu dan perlahan-lahan Syarha semakin lali...Di bibirnya terus memanggil...ummi....ummi...ummi....sehinggalah terlelap.
Allahu...moment ini tidak akan ummi lupakan sampai bila-bila. Biarpun Syarha telah melalui 2 kali major operation dan 3 kali prosedur angiogram, moment inilah yang meluluhkan jiwa seorang ibu.
Akhirnya, Syarha lemah dalam dakapan ummi. Matanya separa tutup....tak bermaya lagi dan pakar bius memaklumkan bahawa Syarha telah pun tidur sepenuhnya. Pakar bius menyuruh ummi dan abah mencium Syarha dan meninggalkan Syarha di katil itu.
Ummi mencium berkali-kali...airmata mengalir tanpa henti. Bagai empangan pecah lagaknya airmata yang keluar...
Ummi serahkan dirimu wahai anak kepada takdir Allah. Allah lah yang menjagamu sayang...
Selepas 2 jam masa berlalu, nama Sayyidah Nur Syarha bt Mohamad Sukri dilaungkan oleh petugas bilik itu.
Ummi dan abah bergegas ke bilik tersebut.
Di sebalik tabir biru, ummi mendengar suara kanak-kanak merintih...'Ummi...akit...ummi...akit'
Tapi suara tu ummi macam tak berapa cam sebab dengar macam suara yang agak serak. Ummi gagahi menyelak tabir biru...
'Ohh...suara anak ummi rupanya!'
Ummi pun merapati Syarha, mencium dan mengusap pipinya. Menepuk-nepuk badannya...
"Ummi di sini sayang...tidurlah...Ummi ada" Ummi menahan sebak sebenarnya! Tapi, Ummi sembunyikan kesedihan hati ummi tu...Ummi perlu kuat untukmu sayang!
Seketika sahaja...
Hrmm...bagaikan Syarha mendapat ubat tidur!
Syarha tertidur semula.
Sesekali terjaga, Syarha akan merintih sakit...mengadu sakit sambil matanya tertutup.
Tabahlah Duhai Anakku...

Selepas jam 6 petang Syarha dah boleh makan sebenarnya. Ummi cuba memberikan air masak dulu. Syarha minum seteguk dua dan tertidur semula.
Jam 8 malam Syarha terjaga semula dan mengadu lapar. Dia pun dah nak bangun dari tidur.
Nak duduk...mungkin badannya dah lenguh sebab dah tidur lama.
Ummi pun offer beberapa jenis makanan, akhirnya Syarha cuma pilih roti gardenia kismis. Dapatlah dia habiskan 3/4 keping. Alhamdulillah...
Tengoklah anak bertuah ummi ni...dah boleh beri senyuman untuk Ummi.
Prosedur angiogram kali ni agak teruk sedikit daripada yang lepas-lepas. Kata doktor, disebabkan Syarha pernah menjalani pembedahan Glenn jadi angiogram kali ni mungkin akan dimasukkan melalui saluran di leher juga. Benar jangkaan doktor! Kali ni terdapat kesan tiga tempat, di kedua-dua belah pangkal paha dan di leher.
Keputusan angiogram ini membawa kepada kemungkinan dua pilihan prosedur untuk Syarha. Doktor dan pakar-pakar jantung akan bersidang untuk berbincang prosedur yang terbaik untuk Syarha. Sama ada untuk menjalankan pembedahan Right Ventrical Overhaul atau Fontan operation.
Ya Allah...Moga Allah sentiasa membuka jalan-jalan kebaikan untuk rawatan dan kesembuhan puteri pejuang jantung ini!
"HIDUP DENGAN BERPANDUKAN ALQURAN DAN HADIS" Ummu Hakim
Isnin, Januari 19, 2015
Puisi Kasih Buat Anakanda Sayyidah Nur Syarha
Menanti kehadiranmu bagai suatu perjalanan rindu ummi
Lapan tahun menanti mengharap lahirnya seorang lagi puteri
Namun, khabarmu dari rahim menggetar jiwa dan taqwa
Sembilan bulan dikandungan bersama segugus doa
Pasrah dan harapan besar di jiwa agar dikau lahir penuh sempurna
Takdir Ilahi penentu segala
Benar pesan nabi qadak tertolak dengan doa
Tika lahirmu...
Ada kasih yang menanti; penuh cinta tiada bertepi
Kasih serta cinta bersandar penuh redha atas rahmat Ilahi
Mengharap dirimu tidak dilukai menjadi tipis sekali
Jarum, tiub dan wayar dari kepala hingga ke kaki
Tika hari dadamu dilukai, ummi berbisik
"Jika hidup ini baik bagimu, kitakan hidup bersama di dunia"
"Jika hidup ini derita buatmu ummi pasrah kelak kita bertemu di syurga"
Bagai mengerti seorang anak mendengar kata sang ibu...
Rahmat Ilahi sentiasa ada buatmu
Sembilan bulan kini kau menemani ummi
Menatap lenamu penuh sayu
Turun naik nafasmu penuh lelah dan lesu
Parut dadamu memberi khabar peritnya kau lalui duniamu
Besarlah dirimu duhai anakku
Alam ini menanti jiwamu yang gagah
Bila besar nanti berbaktilah pada semesta, pada nusa pada bangsa jua agama
Selagi Allah pinjamkan nafas yang ada
Ummi korbankan jiwa dan raga
Menemanimu dalam usia yang tersisa
Menjagamu agar tiada tercela
Bila besar nanti kau akan mengerti
Tiada insan yang mengasihimu melebihi cinta ummi...
Catatan Kasih Seorang ummi & abah tika usiamu 9 bulan..
13 Jan 2015
![]() |
Buah hati ummi...Sayyidah Nur Syarha ...senyummu penawar duka...terus sihatlah duhai anakku |
Isnin, Disember 01, 2014
Kisah Bayi Ajaib saya…Diari 3 Bulan Sayyidah Nur Syarha – Siri 1
![]() |
| Menerima kunjungan sahabat lama Subiha yang telah hampir 20 tahun tidak berjumpa |
Saya disahkan hamil anak ke-4 ketika usia mencecah 42 tahun. Suatu umur yang boleh dikategorikan dalam bidang perubatan sebagai umur yang berisiko untuk mengandung. Namun, inilah doa saya dan suami sejak beberapa tahun kebelakangan ini supaya Allah mengurniakan kami seorang lagi puteri agar melengkapkan keluarga bahagia kami.
Ujian
Allah menjelma ketika kandungan mencecah usia 4 bulan setengah…melalui “Detail
Scan” yang ditawarkan oleh pihak hospital bayi saya disahkan mengalami penyakit
jantung Pulmunory Atresia with Intact Ventrical Septum.
Allahu
Rabbi…betapa beratnya tanggungan saya ketika menerima berita itu.
Kes
saya dari Langkawi dirujuk ke hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar dan
seterusnya dirujuk ke Hospital Besar Pulau Pinang. Bermula umur kandungan 5
bulan saya kerap berulang alik ke Alor Setar dan ke Pulau Pinang bagi memantau
perkembangan bayi.
Pakar
Paediatrik Cardiology Hospital Besar Pulau Pinang mendiagnoskan bahawa bayi
saya mempunyai ‘undeveloped’ jantung yang dikategorikan sebagai penyakit
jantung kronik dan menunjukkan sindrom bayi biru apabila dilahirkan nanti.
“Saya
harap ibu dan bapa bertabah dengan apa yang akan saya maklumkan ini” …Pakar
Jantung memulakan bicara sebaik sahaja ‘echo’ scan jantung dilakukan di atas
perut saya.
“Bayi
encik dan puan mengalami penyakit jantung kritikal dan 90% ujian ini adalah
tepat dan selebihnya 10% kita perlu menunggu ketika beliau dilahirkan nanti.
Bayi ini berisiko boleh meninggal pada bila-bila masa, semasa dalam kandungan,
semasa dilahirkan, sebaik sahaja dilahirkan, beberapa jam selepas dilahirkan,
beberapa hari selepas dilahirkan, beberapa minggu selepas dilahirkan atau
beberapa bulan selepas dilahirkan.”
…saya
terdengar suatu letupan kuat berlaku dalam kepala, dalam dada, dalam jantung
dan dalam diri saya…!!!
Allahu
Rabbi…ujian apakah ini? Allahu Allah
…namun,
saya cuba kuatkan hati!
Selepas
mendengar penerangan doktor saya dan suami melangkah keluar dari bilik doktor
penuh kesedihan. Badan saya tiba-tiba menggigil kesejukan. Suami menyentuh dan
memeluk lembut bahu saya dan membisikan kata-kata semangat untuk saya bersabar.
Saya
membendung perasaan sedih dan tidak mahu airmata saya menitis di hadapan suami
dan anak.
Saya
meluru ke tandas…di sanalah airmata saya pecah berderai. Saya menangis
semahu-mahunya… Sesuatu yang saya sangat takutkan berlaku pada anak saya kini
sudah berlaku…
Sejarah
saya membesarkan anak-anak yang lain, jika anak saya demam biasa pun sudah cukup
membuatkan saya susah hati dan akan berjaga malam menjaga anak dengan penuh
kasih sayang. Kini…kasih sayang saya terhadap anak diuji Ilahi.
Ya
Allah…Aku pasrah Ya Allah, aku ikhlas Ya Allah menerima segala ujianMu.
Sebagai
hamba Tuhanku Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang…ku tagih Kasih dan RahmatMu
Allah…
Lalu…sepanjang
tempoh membawa kandungan yang tidak ku ketahui nasibnya ini aku pasrah sepasrah
yang mungkin kepada Allah.
Persiapan
untuk menyambut kelahiran bayi yang kami tunggu selama 8 tahun ini seperti biasa, seperti ingin juga menyambut
anak-anak sebelum ini, penuh kegembiraan dan penuh kasih sayang…
Sepanjang
tempoh itu, saya mempergiatkan amalan bersedekah kerana saya yakin dan percaya
dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud;
“Ubatilah
penyakitmu dengan bersedekah dan perbanyakkan sedekah kerana ia dapat
memanjangkan umurmu”
Dengan
bersedekah juga dapat mengundang rezeki dan dapat menolak bala. Bukan bermakna
saya bersedekah itu bersyarat atau meminta dibalas tetapi saya memohon kepada
Allah agar diberikan kesembuhan kepada anak saya dengan amalan ikhlas saya…begitulah
kisahnya.
Pada
12 April 2014 saya terus mengharap dengan berdoa suatu keajaiban bakal berlaku
esok...
Esok
pagi jadual caesarean saya..(saya memilih kaedah caesar kerana bayi saya tidak
perlu bersusah payah untuk keluar kerana bimbang injap jantungnya tertutup)
…saya
masih berdoa agar Allah Azzawajalla merahmati dan memberi kesejahteraan buat
bayi saya.
## Ikuti kisah seterusnya dalam Siri 2"HIDUP BIARLAH BERPANDUKAN ALQURAN DAN HADIS" Helper
Langgan:
Catatan (Atom)








