Doa suamiku di pagi ini, Ameen Ya Rabbal 'Alameen.
Alhamdulillah...... Subhanallah....... Syukur pada Mu.... Ya ALLAH..... Sesungguhnya Engkau Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang yang melanjutkan lagi usia perkahwinan kami ini agar dapat menikmati kurniaan Mu dan menambahkan amal ibadat kami buat bekalan di sana nanti......
Ya ALLAH...... kami mohon pada Mu......berkatilah perkahwinan kami, kurniakanlah kepada kami rezeki yang halal, anak-anak yang soleh dan solehah, nikmat kesihatan fizikal dan mental agar dapat kami menjalankan amal ibadat kami dengan sempurna......
Ya ALLAH, berilah kami kebahagiaan kami di dunia dan kebahagiaan kami di akhirat. Ya ALLAH lindungilah kami sekeluarga ini dari fitnah dunia dan bala bencana.....
Sepanjang 19 tahun melayari perkahwinan seribu satu perkara pahit manis, suka dan duka dalam hidup alam rumahtangga dihadapi. Sebenarnya perkahwinan ini merupakan suatu yang saling lengkap melengkapi. Kekurangan si suami disempurnakan oleh kelebihan si isteri. Kelemahan si isteri dilengkapi oleh kekuatan si suami. Saling memberi dengan penuh keikhlasan tanpa mengharapkan balasan dan menerima pasangan seadanya tanpa mempertikaikan jodoh yang ditentukan. Jodoh yang ditentukan oleh Allah SWT sebenarnya tersembunyi suatu hikmah yang hanya Dia yang maha mengetahui. Tugas kita menerima jodoh tersebut dan terus membajainya dengan kasih sayang berteraskan iman dan taqwa kepada Allah, Insya Allah kasih sayang tersebut diberkati dan terus mendapat limpahan rahmat dari Allah.
Saya sering teringat dengan kata-kata seorang guru, terimalah pasangan kita seadanya dan terimalah dia dalam keadaannya yang tidak sempurna kerana diri kita juga tidak sesempurna mana. Apabila kita merasa diri kita tidak sempurna tugas kita untuk mencari kesalahan pasangan juga berkurangan, tetapi apabila 'merasa' diri sempurna dan hebat maka timbullah segala perasaan dan persoalan yang mempertikaikan tentang pasangan sendiri. Nah...di sinilah bermulanya titik perbezaan dan konflik dalam alam rumah tangga.
DOA SEORANG ISTERIYa Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala ujianMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Ya Allah
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmatMu
Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu
Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala ujianMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi dugaanMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu
Ya Allah Ya Tuhanku...Aku ingin hidup di sisinya hingga ke akhirnyaBiar ku hembus nafas terakhirku atas ribaannyalaksana Siti Khadijah AlQubra pergi diribaan RasulullahAtau...Aku ingin membelainya tika ia menderita sakitAgar kesakitannya hilangAku ingin berbakti sehingga hujung hayatnyaBiar diribaanku dia tinggalkan dunialaksana Rasulullah pergi diribaan Aisyah AzzahraYa Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmatiIsteri yang diredhai
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa di hati
Amin, amin Ya Rabbal Allamin..
Perkahwinan ini merupakan Rahmat dari Allah yang kutemui di dalamnya mawaddah warahmah dan sakinah...
Saya dah search mengenai topic nie... dan setakat pencarian saya.
BalasPadam.. karya awak antara yang terbaik.. teruskan berkarya.
.. dari peminat blog awak... :)
Also visit my web-site - Tips Puaskan Suami
Terima kasih atas perkongsianndoa ini.
BalasPadam