Memaparkan catatan dengan label Teori Kaunseling. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Teori Kaunseling. Papar semua catatan

Khamis, April 19, 2018

MINGGU PENYELIDIKAN DAN INOVASI 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Dah lama rasanya saya tak update laman blog ni...Hari ni saya nak berkongsi pengalaman kali pertama menyertai Minggu Penyelidikan dan Inovasi 2018 baru-baru ini.



Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA) di bawah Pusat Pengurusan Penyelidikan, Inovasi & Pengkomersilan, Research Management, Innovation & amp; Commercialization Centre (RMIC) telah menganjurkan MINGGU PENYELIDIKAN DAN INOVASI 2018 (MPI'18).

MPI’18 telah diadakan pada 7 - 9 April 2018 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu. Sebenarnya saya telah lama tercari-cari pertandingan inovasi seumpama ini untuk saya pertandingkan model yang saya hasilkan melalui kajian PhD saya ini. Saya mendapat maklumat pertandingan inovasi ini selepas beberapa hari tarikh penyertaannya ditutup. Namun, saya cuba menghantar emel dengan bertanya kepada penganjur sama ada saya masih boleh menyertai pertandingan ini. Alhamdulillah... saya mendapat balasan emel yang positif daripada penganjur! Pihak pengajur meminta saya menghantar borang permohonan dan abstrak pada hari tersebut juga.

Untuk makluman semua, yuran sebagai peserta luar dikenakan sebanyak RM300.

Diringkaskan cerita....saya mula membuat persiapan untuk pertandingan inovasi tersebut.

Berikut adalah butiran mengenai poster dan booth:
1) Peserta bertanggungjawab untuk menyediakan poster.
2) Saiz poster adalah A1.
3) Saiz panel poster adalah 1m (lebar) dan 2.5m (tinggi).
4) Sebuah meja dan kerusi akan disediakan untuk setiap booth.

Dalam tempoh seminggu saya berusaha melakarkan reka bentuk poster dan brosur. Antara kandungan yang saya muatkan dalam poster tersebut adalah :
1. Tajuk
2. Pengenalan
3. Pernyataan masalah
4. Metodologi kajian
5. Dapatan kajian
6. Contoh aplikasi kes
7. Penutup

Saya menggunakan banyak imej grafik bagi menyokong 'text' agar persembahan poster nampak lebih baik dan tidak membosankan. Selepas siap draf tersebut, saya mendapatkan khidmat designer untuk kerja-kerja 'artwork' untuk design semula menggunakan grafik art work.

Berikut adalah perbelanjaan untuk pameran yang saya keluarkan untuk urusan pertandingan ini :
1. Upah design dan art work (poster, brosur dan kad nama) RM200
2. Print 2 keping poster (kertas glossy) + name card            RM35
3. Print Bunting  1 pc                                                             RM12
4. Print brosur                                                                         RM133

Untuk hiasan-hiasan atas meja, saya bawa sendiri pasu bunga kecil, raga, tudung meja, extension wire, peralatan dan alat stationery perlu bawa sebab kita sangat memerlukan peralatan seperti double sided tape, stapler, kertas A4. Even, printer pun suami saya angkut sekali...hehe.

Saya mula bertolak ke Kuala Terengganu pada pagi 6hb April tu, sebab saya dikehendaki mendaftar dan memasang poster di booth yang telah ditetapkan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Setiba di Stadium Gong Badak, saya terus mendaftarkan diri dan mendapatkan booth untuk memasang dan menghiaskan booth yang diberikan. Kerja-kerja pemasangan dilakukan oleh suami saya yang terkenal dengan sifat ringan tulangnya...! Sekejap jer...dah pun siap.

Suami saya sedang melakukan kerja-kerja pemasangan dan persiapan tempat


Pada hari kejadian, hati saya berdebar-debar juga sementara menunggu kedatangan dua orang juri untuk menilai poster dan projek yang saya jalankan ini. Berikut adalah komen juri:
1) Juri yang pertama seorang wanita - Juri bertanyakan tentang penerbitan buku. Ye...saya belum terbitkan buku berkaitan model yang saya hasilkan ini. Insya Allah..pembaca doakan suatu hari nanti saya akan terbitkan buku tersebut.

2) Juri kedua, seorang lelaki - bertanyakan tentang paten produk. Juga...jawapan yang sama belum ada. Juri ini memberi galakan agar saya teruskan usaha untuk mengetengahkan model ini. Saya bermotivasi mendengar saranan beliau.



Inilah booth saya. Atas meja tu saya letakkan raga yang ada brosur, buku pelawat, artikel-artikel saya dan name card.

...


Kami menginap di bilik cabin dengan sewa satu malam sebanyak RM50 sahaja (nak jimat kos).

Sebelum tidur, saya suruh anak bertuah saya, Syarha doakan saya bawa balik sebarang medal...tak kisah apa medal sekalipun... Jiran booth saya yang sudah kerap masuk pertandingan inovasi, beliau menyatakan sekiranya kita dapat memenangi hati juri dengan mendapat apa-apa medal, bermakna kerja-kerja kita sudah mendapat pengiktirafan orang...ooooh gitu rupanya.

...

Jeng-jeng!         

Pada hari terakhir majlis penutup, pemenang Gold Medal dijemput ke atas pentas untuk menerima hadiah. Pemenang Silver dan Bronze perlu meneliti nama di paparan kertas di belakang dewan. Berlari-lari anak saya setelah mendengar pengumuman  tersebut. Dalam hati terus berdoa! Bukan menang untuk riak, tetapi ingin memeriksa model tersebut menepati kehendak juri tak..itu saja.

Saya mendapatkan paparan di kiri dewan dulu sebab di kanan terlalu ramai orang...tak nampak pula nama saya di situ. Lantas saya ke kanan pula...cari satu demi satu tak ada juga. Alahai...tak puas hati ni! Saya ke kiri semula, teliti satu persatu...bukan senang tau...tulisan yang dilekatkan di dinding tu..kecil! Dan kami para peserta berasak-asak untuk melihat nama masing-masing. Cuba bayangkan..kelam kabut juga.

Akhirnya, saya ternampak juga nama saya disenaraikan di bawah Anugerah Silver Medal. Alhamdulillah! Nasib baik Allah gerakkan hati saya untuk kembali ke kiri dewan meneliti nama-nama tersebut.

Nampak No 50 tu? hehe...Alahai..jenuh membelek baru nampak!


Silver Medal MPI '18



Syukur, Alhamdulillah!

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak memberi idea kepada pembaca sekiranya untuk menyertai pertandingan inovasi.

Selamat maju jaya.


"HIDUP DENGAN BERPANDUKAN ALQURAN DAN HADIS" Ummu Hakim

Isnin, Jun 12, 2017

PhD : Perjalanan sunyi dan keseorangan?

Kita sering mendengar orang menyebut perjalanan pengajian PhD ini suatu perjalanan yang sunyi dan keseorangan. Justeru sangat sinonim, PhD juga menerima jolokan dengan pelbagai makna yang tersirat seperti Permanent head Damage, Pengajian Habis Dah dan juga Perjalanan Hati dan Doa.


Saya juga antara orang yang pernah mengalami situasi yang sama. Ada ketikanya agak sunyi dan keseorangan. Lalu, saya terfikir mengapa perasaan ini ‘dianugerahkan’ oleh Allah SWT kepada saya. Iya…tidak dinafikan jalan cerita dan lakaran ujian masing-masing di antara kita tidaklah sama. Namun, apa jua coretan suka dan duka dalam perjalanan ini akan berakhir dengan matlamat yang sama. Bukanlah sekadar berjaya menghabiskan pengajian ini dalam erti kata lain sekadar ingin memiliki sekeping ijazah yang membawa suatu gelaran. 

Bukan! Bukan itu sebenarnya nilaian ilmu yang dikutip sepanjang perjalanan ini. Ilmu yang diperoleh dengan cara digali melalui pembacaan buku, kajian, jurnal, menghadiri bengkel, konvensyen dan sebagainya hanyalah sekadar membantu kita memenuhi manuskrip tesis untuk keperluan akademik. Namun, ilmu yang ‘tersembunyi’ di sebalik pencarian tersebut adalah merupakan inti pati ilmu kehidupan yang amat berharga dan bernilai.

Kita merupakan orang-orang yang dipilih oleh Allah SWT untuk melalui perjalanan ini. Pilihan Allah SWT itu sudah pastinya tepat! 


Bolehlah dianalogikan perjalanan pengajian ini ibarat memasuki suatu terowong yang panjang. Walaupun kita semua menuju suatu destinasi yang sama, namun jarak atau panjangnya terowong seseorang itu berbeza di antara satu sama lain. Usahlah kita merasa gusar dan berkeluh kesah apabila mengetahui terowong rakan kita lebih pendek perjalanannya daripada kita. Terlalu sukar dan subjektif untuk mengatakan bahawa panjang atau pendeknya jarak terowong seseorang itu bergantung kepada itu dan ini.

Di sepanjang perjalanan dalam terowong ini kita akan melewati pelbagai situasi. Ada kalanya tiada langsung cahaya yang menyinari, ada ketika pula kelihatan cahaya yang samar-samar dan mungkin bonus kepada kita apabila kita mendapat suluhan cahaya yang terang benderang daripada kiri dan kanannya. Dugaan melalui terowong yang gelap gelita ditambah pula dengan jalan yang retak dan berliku menyukarkan lagi perjalanan. Tentunya kita akan teraba-raba dan mungkin berkali-kali jatuh dan cuba bangun semula untuk meneruskan perjalanan. Hidup dalam terowong yang begitu gelap dan keseorangan sudah pasti membuatkan hati kita merasa terseksa. Jiwa kita bertambah derita apabila tiada seorang pun teman yang sudi menghulurkan tangan dan membimbing kita pada ketika itu.

Nah! Di sinilah kita temui jawapan mengapa perasaan sunyi dan keseorangan itu dialami.


Kita merasa sunyi kerana tiada teman yang kita rasakan boleh berkongsi kegusaran yang dialami. Kita sering mengeluh rasa sunyi ini, kita juga sering merasa resah dengan situasi yang dialami. Adalah menjadi suatu bebanan kepada kita sekiranya kita sibuk untuk menguruskan diri dan emosi kita sendiri tanpa memulangkan kembali urusan tersebut di bawah pentadbiran Allah.

Sebenarnya Allah SWT sengaja memberikan perasaan sunyi dan keseorangan itu agar kita dapat kembali ‘bersahabat’ denganNya. Maka, jalan paling awal untuk ‘bersahabat’ denganNya adalah melalui doa. Persediaan untuk berdoa pula adalah dengan menyediakan hati yang bersih dan ikhlas. Kita hendaklah sentiasa kita bersangka dengan sangkaan yang baik terhadap Allah SWT kerana Allah SWT akan berikan sesuatu mengikut sangkaan hambaNya.


Hati yang bersih dan ikhlas akan mengadu dan merintih kepada Allah SWT. Mengapa perlu lagi kita mengadu kepada Dia sedangkan kita sedia maklum bahawa jika kita tidak memberitahu dan mengadu sekalipun Allah sedia mengetahui. Allah bukan sekadar tahu dan mengetahui tetapi Allah Maha Mengetahui! Di sinilah rasa kecintaan kepada Allah, rasa ketaatan, rasa kehambaan dan keredaan atas pemberian Allah SWT. Perasaan sunyi ini adalah pemberian Allah. Maka uruslah ia dengan merujuk kembali kepada Dia.

Ganjaran yang bakal dikecapi bukanlah kerana berjaya menamatkan pengajian ini dengan jayanya sebaliknya mengecap nikmat perjalanan yang dilalui ini dengan penuh ketabahan dan kesabaran. PhD ini bukanlah hanya dimiliki oleh orang yang cerdik pandai tetapi ia dimiliki oleh mereka yang tabah dan sabar. Justeru, untuk mendapatkan skala ketabahan dan kesabaran yang tinggi memerlukan pengorbanan hati yang besar dan jiwa yang kental. Bersandar seluruh pergantungan dan harapan dengan jalinan perhubungan yang baik dengan Allah SWT.

Kita terlupa sebenarnya kita sedang berbahagia! Banyak hadis-hadis Rasulullah SAW yang menceritakan tentang kelebihan orang-orang yang menuntut ilmu. Antaranya  Allah menjanjikan jalan yang mudah ke syurga, para malaikat melebarkan sayapnya dengan penuh redha, beroleh pahala seperti mengerjakan haji, mendapat kedudukan seperti orang-orang yang berjihad di jalan Allah dan diangkat darjat (kedudukan) dengan beberapa tingkatan. 

Oh ya…patutlah orang yang berada di luar ‘terowong’ melihat betapa bahagia dan indahnya kita yang sedang berada dalam ‘terowong’. Sedangkan pada hakikatnya, kita yang sedang berada dalam ‘terowong’ itu merasa sengsara dan dukacita kerana asyik menginginkan persahabatan dan pergantungan dengan makhluk.

Hidup kita tidak akan merasa sunyi lagi andainya kita rajin menyelak lembaranNya dan menghayati kalam-kalam yang berupa pesanan dan ingatan yang disampaikan kepada kita melalui Rasulullah SAW.  

Semoga menjadi ingatan dan bermanfaat buat yang diri yang menulis dan kepada semua yang sudi membacanya.


Salam Nuzul Al-Quran.



"HIDUP DENGAN BERPANDUKAN ALQURAN DAN HADIS" Ummu Hakim

Isnin, November 02, 2015

Sekadar insan biasa

Saya sering membawa kisah-kisah klien dalam perkongsian blog ini sebagai renungan dan iktibar buat kita semua. Saya nukilkan ia di dalam blog ini agar ianya terus tersimpan di sini, agar saya juga sesekali menjengah ke sini dapat mengimbau kembali kisah-kisah yang menjadi sejarah dalam hidup.
 
Selepas saya dianugerahkan seorang anak syurga Sayyidah Nur Syarha, kisah dalam blog ini banyak pula menceritakan tentang keperitan anak bertuah saya ini melalui kehidupannya. sebenarnya banyak yang hendak saya ceritakan namun, masa amat terbatas dengan tuntutan tugasan harian serta penjagaannya membuatkan saya menyimpan sahaja segala kisah-kisah tersebut di dalam lipatan diari kehidupan saya. Kini, Nur Syarha sudah berusia lebih 18 bulan dengan beratnya mencecah 7.2 kg, Alhamdulillah hiduplah dia kini dengan seadanya, yang mana tiub makanan (ryle tube) masih dihidung kerana masih tidak dapat menelan dengan baik. Saya kini menanti tarikh temujanji untuk pemeriksaan Nur Syarha selanjutnya untuk menjalani pemeriksaan dan penilaian ORL/ENT. Pemeriksaan itu untuk memastikan punca Nur Syarha tidak boleh menelan dengan baik, adakah disebabkan mengalami vocal cord palsy (kelumpuhan kotak suara) akibat terlalu lama menggunakan alat bantuan pernafasan atau mengalami masalah yang lain. Demikianlah satu demi satu ujian yang mewarnai kehidupan anak bertuah saya itu.
 
Kini, saya mempunyai lebih masa untuk bersama Nur Syarha selepas menerima Hadiah Latihan Persekutuan (hadiah belajar). Saya kini sedang cuti belajar sepenuh masa. Alhamdulillah, Allah kurniakan hadiah ini bersama dengan Nur Syarha. Nur Syarha dan pengajian saya ini sangat signifikan. Mengapa tidak? Semasa beliau berada dalam dua bulan di alam rahim, saya mendapat hadiah ini, namun kelahirannya lengkap dengan 'pakej' ujian. Jadi, saya mengambil keputusan untuk menangguhkan pengajian ini...


Alhamdulillah, selesai Nur Syarha menjalani dua pembedahan besar kini Allah masih menyimpan rezeki ini buat saya. Kadang kala tertanya-tanya juga saya pada diri sendiri, bagaimana saya boleh belajar sehingga ke peringkat PhD. Dahulu saya melihat pengajian PhD ini terlalu besar buat saya.
 
Mungkin ramai yang tidak menyangka bahawa saya merupakan 'mahasitua' ketika mula menyambung pengajian ijazah sarjana muda keh keh... Apa tidaknya 'mahasitua'? Memang saya dah berusia ketika mengambil ijazah sarjana muda iaitu pada usia 31 tahun. Dalam kelas saya adalah antara pelajar yang berusia (ada lagi pelajar yang berusia daripada saya sebenarnya).
 
Sejarah dan keunikan cerita kita mungkin berbeza, bagi sesetengah orang menjalani kehidupan yang normal. Maknanya selepas habis SPM, naik ke Tingkatan 6 mengambil SPTM dan terus ke univerisiti mengambil ijazah. Jalan cerita saya agak berbeza, selepas SPM, saya menyambung pelajaran di Tingkatan 6 tapi separuh jalan terpaksa berhenti untuk bekerja. Saya berkahwin di usia yang agak muda iaitu tika berusia 22 tahun. Ketika berusia 27 tahun dengan mempunyai dua orang cahaya mata ketika itu saya baru mula meneruskan pengajian Diploma di ITM (nama UITM dahulu) secara sambilan. Tetapi malang bagi saya sekali lagi, anak kecil saya asyik sakit, demam-demam dan sebagainya membuatkan saya meninggalkan pengajian saya begitu sahaja.
 
Pada tahun 2002 ketika anak kedua saya berusia 5 tahun, saya menerima tawaran melanjutkan pelajar di salah sebuah IPTA. Saya menamatkan pengajian Bachelor pada tahun 2006 dengan dikurniakan seorang lagi anak yang lahir 4 hari sebelum hari konvokesyen. Hrmm...memang sedih ketika itu kerana tidak dapat menaiki pentas menerima ijazah. Dalam hati, saya bertekad untuk mengambil Master supaya dapat naik ke pentas menerima ijazah. Pada tahun 2008 saya meneruskan pengajian di peringkat Master secara sambilan dan dapat menyiapkan Master saya dalam tempoh 2 tahun dan diijazahkan pada tahun 2011. PhD ini bukan pernah menjadi impian saya, kerana bagi saya untuk orang seperti saya ingin menggapai PhD seolah-olah sesuatu yang hanya tinggal dalam angan-angan dan impian sahaja. Namun, kuasa Allah menentukan segalanya... Saya dikurniakan rezeki ini...
 
Berjumpa lagi untuk episod seterusnya....

"HIDUP DENGAN BERPANDUKAN ALQURAN DAN HADIS" Ummu Hakim

Selasa, Ogos 11, 2015

Ujian sebagai Alat Muhasabah Diri



 
Dalam hidup ini kita sering diuji. Usahlah bertanya kenapa aku diuji? Kerana yang namanya dunia kebanyakkannya adalah ujian. Menjadi pelik jika ada orang yang mendakwa dirinya tidak pernah diuji kerana hidup tanpa peristiwa juga boleh memberi tekanan dalam kehidupan. Jadi, ujian yang kita hadapi adalah seperti bunga-bunga yang mengindahkan lagi kehidupan. Persepsi melihat ujian sebagai indah bergantung kepada kacamata masing-masing. Bagi orang yang optimis akan sentiasa melihat ujian sebagai sesuatu yang positif samada untuk menjadi diri lebih sabar, lebih cekal atau menjadi lebih tabah. Yang penting setiap ujian dipandang sebagai alat muhasabah diri yang amat baik dan berkesan untuk menjadikan kita insan yang hari ini lebih baik daripada semalam.

Adalah malang jika kita melihat ujian secara defensif, banyak menyalahkan orang lain daripada melihat kesilapan diri sendiri.

Dalam berhadapan ujian saya berpegang kepada dua konsep menjaga hubungan. Terpelihara dua konsep hubungan ini maka hubungan2 dengan yang lain-lainnya akan datang sendiri dengan baik.
 


Hubungan yang pertama adalah menjaga hubungan dengan Allah. Bila diri kita diuji, kita perlu lebih rapat dengan Allah. Perkemaskan ibadah wajib, perbanyakkan ibadah sunat. Rasulullah SAW pernah berpesan supaya apabila kita diuji perbanyakkan solat dan bersabar. Oleh itu, lagi diuji lagi kita dekat dengan Allah dengan mengerjakan amalan-amalan sunat seperti perbanyakkan membaca Al Quran, solat sunat seperti Dhuha, Taubat, Hajat, Tahajjud, Istiqarah, Solat Tasbih dsb. Lidah kita juga sering melafazkan zikir-zikir serta istigfar memohon keampunan daripada Allah. In sha Allah, hati kita akan tenang dan damai. Jika masih belum beroleh ketenangan, periksa dan nilai kembali 'qalbu' kita mungkin masih bersarang hasad, dendam, kesumat atau masih tersimpan sifat-sifat mazmumah di dalamnya.
 


Konsep hubungan yang ke dua adalah dengan 'ibu'. Hubungan dengan ibu mestilah sangat baik kerana sebagai anak kita amat memerlukan doa daripada seorang ibu. Jika tersimpan sekelumit perasaan tidak senang hati ibu terhadap kita maka adalah sukar untuk kita mendapat kebahagiaan dalam hidup ini. Saya teringat waktu kecil-kecil dulu...kita dididik dan diajar sangat menghormati ibu. Menjadi kesalahan dan biadap jika menggunakan ganti nama 'dia' kepada ibu atau bapa. Begitulah halusnya kita diajar supaya 'izzah' atau kemuliaan seorang yang bernama ibu atau bapa dipelihara. 'Izzah' atau kemuliaan ini bukan datangnya dari siapa-siapa tetapi Allah yang tetapkan kemuliaan tersebut. Teringat saya kepada pesanan seorang guru, jika ibu benar, ibu tetap benar; jika ibu salah sekalipun ibu tetap benar. Usahlah kita pertikaikan kesalahan atau kesilapan ibu kita sekalipun di mata kita ibu tampak banyak salahnya. Itu semua urusan Allah...serahkan sebulatnya kepada Allah. Tugas kita sebagai anak menghormati dan mengasihi ibu sehabis baik. Ibu tiada gantinya dalam dunia...hilang ibu akan hilang juga keberkatan doanya untuk kita hidup bahagia di dunia hingga akhirat.

Semoga hati kita tenang dan damai membaca pesanan ini.

Nasihat hanya berguna buat insan yang mahu berfikir - Ummu Hakim

 


"HIDUP BIARLAH BERPANDUKAN ALQURAN DAN HADIS" Helper

Rabu, Februari 10, 2010

Pendekatan Psikodinamik

PENGENALAN

Psychodynamic Counseling And Theraphy : Examination of The Unconscious dalam Corey,G., (1977) Theory And Practice Of Counseling And Psychotheraphy, adalah merupakan satu bab yang memperincikan tentang bagaimana seorang terapis menggunakan teknik-teknik yang terdapat dalam Teori Psikodinamik. Secara asasnya, teori ini adalah merupakan Teori Psikoanalisa yang telah diadaptasikan oleh beberapa tokoh atau pengikut Sigmund Freud seperti Earnest Jones, Alfred Adler, Erik Erikson, Erich Fromm, Karen Horney, Carl Jung, Wilheim Reich dan Harry Stack Sullivan.

Bab ini menekankan bahawa ‘unconscious’ iaitu alam tidak sedar adalah disebabkan oleh kurangnya kesedaran peranan mental. Ini menyebabkan seseorang individu itu secara tidak sedar bertindak dan bertingkah laku ke arah sesuatu tindakan. Oleh itu secara jelasnya, matlamat kaunseling psikodinamik adalah untuk memperkembangkan kesedaran terhadap peranan-peranan alam tidak sedar dan ianya sangat bersangkutan dengan kehidupan seharian manusia.

Untuk menimbulkan alam tidak sedar tersebut seseorang individu itu perlu memahami fungsi-fungsi yang terdapat di dalam id, ego dan superego. Id secara keseluruhan merupakan alam tidak sedar dan merupakan bahagian yang tidak dapat dikawal. Ia amat bertentangan dengan superego di mana superego bertindak secara sedar dan berlandaskan nilai-nilai moral di dalam masyarakat. Ego pula adalah merupakan komponen perantaraan antara id (alam tidak sedar yang banyak menentang dan mementingkan keseronokan) dan superego (alam sedar yang menurut nilai moral masyarakat). Kebanyakan terapis dalam perhubungan menolong klien membantu ego untuk menentukan dan menyeimbangkan antara id dan superego. Sebagai contoh terapis moden Erik Erikson, menyatakan bahawa dengan meningkatnya fungsi-fungsi ego dapat menyumbang kepada individu yang mempunyai kuasa dan kawalan terhadap kehidupannya.

Anxieti dan tekanan adalah hasil daripada konflik yang berlaku antara id, ego dan superego. Kerisauan adalah berpunca daripada memori atau pengalaman alam sedar dan tidak sedar semasa perkembangan zaman kanak-kanak. Dalam percaturan ketiga-tiga komponen ini, id sebagai pendesak, ego sebagai pengatur dan superego pula sebagai pemerhati dan menguruskan gelagat id dan ego. Sekiranya ego berjaya memuaskan kehendak id maka akan wujud rasa ketenangan tetapi sekiranya gagal maka ego akan mengalami kerisauan.

Dalam menangani kerisauan ini, wujudlah satu istilah iaitu ‘Helah Bela Diri’ yang akan digunakan oleh seseorang individu bagi mengurangkan kesan kesakitan daripada konflik tersebut. Ia merupakan proses psikologi yang bertujuan mengurangkan penderitaan ego yang tidak dapat mengawal id dengan baik dan membantu ego mempertahankan dirinya dari desakan dan dorongan yang kuat dari id. Di dalam kes yang diketengahkan oleh penulis, klien menggunakan beberapa helah bela diri seperti represi, penyangkalan / penafian, projeksi, pembentukan reaksi, penyaluran, sublimasi dan lain-lain lagi. Tetapi melalui dialog hanya kelihatan beberapa sahaja yang ditonjolkan.
Dalam bab ini juga ada menyatakan bahawa latihan kaunseling memfokuskan dalam pembangunan objektif hubungan bukan peribadi. Kebenaran terapi psikodinamik adalah umum, namun ia ditunjukkan melalui pengecualian dan penglibatan bukan peribadi. Ramai ahli psikodinamik tidak memberi komen dalam tingkah laku bukan secara lisan, berada dalam satu jarak daripada klien, duduk semula di atas kerusi dan sama-sama berusaha untuk mengelak pergerakkan dan gambaran wajah.

Biasanya tafsiran yang bermakna adalah berdasarkan tingkah laku klien yang bukan secara lisan. Namun terapi tidak membuat tafsiran tingkah laku tetapi pemantauannya yang jelas diada-adakan mengikut arahan dalam sesuatu sesi. Isu-isu luaran dan dalaman dibincangkan melalui skrip yang bertaip. Ia mungkin menunjukkan sedikit ciri-ciri asas kepada kaunseling psikodinamik.

Teknik-teknik Asas Proses Psikodinamik

Teknik perkaitan bebas dapat merumuskan kaedah psikodinamik. Teknik ini menggalakkan kaunselor dan klien mengeluarkan apa sahaja yang datang dari fikiran. Adalah penting bahawa membuat keputusan secara kreatif adalah berkait rapat dengan teknik penyatuan bebas. Dalam hal ini kaunselor dan klien bermula dengan pengenalan asas mengenai sesuatu masalah atau isu. Klien mengaitkan secara bebas apa sahaja yang datang di fikiran dan keputusan atau penyelesaian pun akan mula muncul.

Teknik perkaitan bebas dalam kaedah wawancara atau skrip bertaip berkait rapat dengan teknik penglibatan perasaan ( staying with the feeling ). Terdapat saranan daripada ahli-ahli terapi, klien patut berada dalam perasaan panik atau gugup dan menggunakannya sebagai asas kepada penyatuan bebas. Melalui menyelami sama ada perasaan yang positif atau negatif ianya memungkinkan untuk menentukan mesej atau maklumat daripada keadaan bawah sedar ( unconscious ) dan sebarang maklumat yang terselindung untuk memahami diri seseorang atau diri sendiri lebih mengukuhkan lagi fokus utama teknik perkaitan bebas terjadi melalui pengulangan.

Analisis mimpi adalah satu lagi teknik penting dalam pendekatan psikodinamik. Ia boleh dijalankan pada tahap biasa di mana maklumat yang nyata yang dapat dilihat dalam mimpi dianalisis atau dinilai semula melalui teknik perkaitan bebas. Di sebalik bahagian-bahagian yang jelas di dalam mimpi adalah maklumat tersembunyi yang penuh bermakna. Teknik perkaitan bebas, pengulangan dan penglibatan perasaan digunakan oleh kaunselor-kaunselor psikodinamik dalam analisis mengenai mimpi. Teknik-teknik berkaitan analisis mimpi kemudian telah menjadi suatu kaitan yang rapat dalam keadaan kehidupan sebenar.

Kepentingan lain mengenai teori dan kaedah dalam pendekatan psikodinamik adalah pertentangan analisis-analisis ( analisis yang bertentangan ). Pertentangan merujuk kepada sebarang perkataan atau tingkah laku klien yang menghalang penerimaan perkara di bawah sedar.

Banyak pengaruh dalam pendekatan sebahagiannya adalah untuk mengabaikan penahanan dan mencari jalan lain kepada pengucapan klien yang lebih mudah. Kaunselor atau ahli terapi yang berkesan sebaliknya selalu memberikan perhatian utama kepada isu atau faktor penahanan atau keengganan. Dalam proses kaunseling, biasanya terdapat klien yang gagal mendengar atau mendapat maklumat penting daripada kaunselor. Klien biasanya berada dalam keadaan tertanya-tanya.

Kadangkala klien mungkin dapat menerima maklumat terapi tetapi terlupa apa yang telah diperkatakan dalam beberapa minit atau semasa sesi dijalankan. Jenis-jenis lain penahanan terjadi apabila klien terhalang untuk menyampaikan sesuatu, terkeluar bahagian-bahagian penting dalam sesuatu mimpi, lewat menghadiri sesi atau kegagalan kepada matlamat perkaitan bebas. Penahanan menunjukkan klien dalam pelbagai cara tanpa disedari cuba untuk menggagalkan proses kaunseling.

Terdapat beberapa cadangan latihan bagi mengaitkan asas dan aspek-aspek praktikal atau amalan dalam fungsi psikodinamik. Sesiapa yang melalui latihan ini secara berhati-hati mendapat lebih banyak maklumat penting mengenai perkaitan bebas dan berpotensi untuk digunakan dalam sesi kaunseling. Di antara latihan-latihan yang dicadangkan termasuklah simbol-simbol dalam kehidupan seharian, slip Freudian, analisis mimpi, analisisa penahanan dan analisa pemindahan.

Tugas kaunselor psikodinamik adalah untuk menentukan sama ada perlu atau tidak untuk berhadapan sebarang pertentangan secara segera atau kemudian. Pertentangan merupakan perselisihan utama dalam hubungan antara kaunselor dan klien. Satu pendekatan untuk menganalisis pertentangan ialah dengan membuat tafsiran mengenai pertentangan dan kemudian menggalakkan klien ke arah penyatuan.

Analisa pemindahan dan pertentangan pemindahan adalah dua lagi teknik penting kaunseling psikodinamik. Pemindahan merujuk kepada perasaan dan fikiran klien yang dipindahkan kepada kaunselor. Pertentangan pemindahan pula merujuk kepada perasaan dan fikiran kaunselor yang berpindah kepada klien. Dalam analisis pemindahan klien tidak mempunyai gambaran sebenar yang jelas mengenai matlamat kaunselor. Klien lebih cenderung untuk membayangkan gambaran imej mengenai terapi. Klien secara berterusan memindahkan perasaan dan fikirannya kepada orang lain melalui terapi.

Pertentangan pemindahan pula selalunya menyebabkan kaunselor berada dalam keadaan tertanya-tanya dan ini akan membawa kepada berlakunya gangguan dan kemusnahan kepada proses kaunseling. Perasaan yang dipindahkan perlu juga ditafsirkan dan dipilih.

Pendekatan-pendekatan psikodinamik merupakan satu tafsiran. Pentafsiran merupakan satu skil atau kemahiran yang tinggi atau kompleks di mana pengetahuan mengenai teori dan maklumat yang lengkap mengenai klien adalah diperlukan. Dalam aplikasi yang spesifik kepada pendekatan psikodinamik, kemahiran membuat tafsiran datang daripada pengetahuan luas ahli psikoanalisis dan kemampuan untuk mengenal pasti keinginan, keperluan dan pelbagai perkara dari dunia bawah sedar klien.
Hasrat ahli terapi adalah melahirkan klien yang boleh membuat tafsiran mereka sendiri. Apabila klien dapat membuat tafsiran diri mereka sendiri, mereka mengeluarkan sesuatu yang mereka lebih memahaminya. Secara keseluruhannya dapatlah dikatakan bahawa perkaitan bebas merupakan asas kepada semua teknik kaunseling psikodinamik. Dalam beberapa aspek, teknik-teknik lain semuanya bergantung kepada teknik perkaitan bebas.

Batas-Batas Dan Penglibatan Praktikal Dalam Pendekatan Psikodinamik

Satu daripada masalah utama pendekatan psikodinamik dalam kaunseling adalah kaunselor-kaunselor amatur yang tidak berpengetahuan luas tentang konsep dan menggunakannya secara bebas kepada rakan dan klien tanpa memahami maksudnya secara mendalam. Pendekatan-pendekatan psikodinamik sebenarnya tidak sekadar memerlukan pengetahuan luas dan beberapa teknik tetapi memerlukan kajian yang mendalam, pemerhatian daripada pelati-pelatih yang baik yang telah menamatkan pengajian mereka dengan jayanya.

Ia memerlukan pengetahuan yang mendalam terhadap disiplin-disiplin dalam semua kaedah yang digunakan. Tidak ketinggalan juga, pengajaran-pengajaran penting dari pendekatan ini yang boleh membantu kebanyakan kaunselor atau terapi. Haruslah disedari apa yang diperlihatkan oleh klien mengenai masalah yang dihadapi, kerisauan atau tingkah laku bukanlah isu sebenar tetapi keadaan di sebalik masalah yang nyata mungkin merupakan tekanan idea atau fikiran yang lebih luas yang tidak diketahui.
Melalui teknik-teknik yang biasa digunakan terutama teknik perkaitan bebas biasanya akan membawa lebih pengetahuan atau maklumat mengenai isu-isu yang tersembunyi. Teknik analisa mimpi pada masa yang sama boleh digunakan sebagai permulaan oleh kaunselor. Kaunselor dan terapi perlu sentiasa sedar mengenai isu-isu pertentangan. Pertentangan berlaku apabila cadangan atau maklumat yang dikemukakan oleh kaunselor tidak diterima sama ada secara langsung atau tidak yang ditunjukkan oleh klien yang dengan cepat lupa apa yang diperkatakan oleh kaunselor. Kaunselor yang berkemahiran akan sentiasa peka terhadap tanda-tanda pertentangan oleh klien.

Pemindahan dan pertentangan pemindahan menjadikan sesuatu yang kompleks dalam hubungan kaunselor dan klien. Namun pada tahap awal kaunselor perlulah menyedari bahawa klien mungkin akan memindahkan fikiran dan perasaannya. Keadaan mungkin akan menjadi mudah atau lebih kompleks bergantung kepada tahap fikiran dan perasaan klien. Semua kaunselor yang berpengetahuan dan berpengalaman memindahkan perasaan daripada klien mereka tanpa menghiraukan orientasi berdasarkan teori.

Tanggapan segera terhadap mimpi klien adalah ciri-ciri analisis tanpa kawalan. Satu daripda kemahiran utama ahli psikodinamik ialah membuat tafsiran. Membuat tafsiran dalam bidang psikodinamik memerlukan kajian dan pemerhatian yang mendalam. Kita seharusnya serius terhadap sebarang analisis tanpa kawalan yang merupakan satu penyelewengan terhadap elemen pembinaan psikodinamik


KES – DIALOG BERORIENTASIKAN PENDEKATAN KAUNSELING

Bob adalah merupakan klien yang berada di peringkat awal proses kaunseling yang menggunakan terapi psikodinamik dan telah berjumpa dengan terapis sebanyak tiga kali. Bob mempunyai masalah di mana ia kurang berminat terhadap keluarga, mempunyai perasaan anxieti dan kurang melibatkan dirinya ke dalam dunia kerjayanya. Ia berusia 32 tahun, bekerja sebagai arkitek. Beliau telah mendirikan rumah tangga dan mempunyai seorang cahaya mata berusia 2 tahun. Dalam kes ini, terapis tidak menggunakan teknik tradisional yang mana memakan masa yang panjang (20 – 30 sesi) tetapi hanya berorientasikan rawatan jangka pendek biasanya 1- 5 sesi untuk satu-satu rawatan. Bob seorang klien yang mempunyai tahap intelektual yang tinggi dan mula bercerita sebaik sahaja mengambil tempat duduknya.

Di bawah ini adalah sebahagian contoh perbualan klien dan kaunselor.

1. Bob : Nampaknya keadaan menjadi semakin baik sekarang. Saya berjaya mendapat satu kerja melukis pelan di kompleks apartmen. Akhir-akhir ini Sue jarang bersama saya. Keadaan menjadi lebih baik nampaknya.
2. Kaunselor : (Senyap)
3. Bob : Saya sebenarnya melakukan yang terbaik di apartmen itu. Bos saya ada mengatakan begitu juga. Saya sebenarnya ingin menunjukkan kepada awak apa yang telah saya lakukan. Ya, saya rasa keadaan akan menjadi baik. Hujung minggu ini saya akan membawa Sue dan Sonny pergi mendaki bukit.
4. Kaunselor : Ehm..ehm.mmm
5. Bob : Ya, ini adalah perubahan yang sebenarnya. Saya tidak pernah melakukan perkara sebegini sepanjang usia saya. Kami sebenarnya menikmati masa bersama dengan baik tetapi setelah berlakunya insiden di menara api dekat Iron Mountain…(memandang kepada kaunselor).
6. Kaunselor : Ehm…ehmmm.
7. Bob : Emm..apa yang berlaku sebenarnya adalah asing bagi saya. Kami memanjat menara selepas makan tengah hari, sambil bernyanyi-nyanyi kami akhirnya sampai ke kemuncak itu. Saya mula menikmati pemandangan yang indah itu, tiba-tiba saya baru teringat bahawa saya telah meninggalkan Sonny di atas pagar itu… dan tiba-tiba perasaan saya menjadi cemas.
8. Kaunselor : Ok, kekalkan perasaan cemas itu dan ceritakan dengan panjang lebar lagi mengenainya kepada saya.
9. Bob : Ya…ketika itu perasaan cemas telah menguasai diri saya. Saya sangat takut jika tiba-tiba Sonny terjatuh. Saya nak dia memegang saya, maksud saya ialah saya nak memegang dia dengan kuat.
10. Kaunselor : Baiklah, cuba untuk kekalkan perasaan cemas itu dan biarkan ingatan itu bebas dalam pemikiran anda. Beritahu saya peristiwa yang mula-mula sekali terlintas dalam pemikiran anda.
11. Bob : (Diam seketika. Matanya merenung ke lantai). Saya melihat diri saya memanjat Trail Ridge Road di Rocky Mountain Park. Ketika itu saya berusia dalam 5 atau 6 tahun. Ketika itu ayah mempunyai rencananya yang tersendiri. Saya ingat lagi ketika dia meniti di atas pagar tersebut. Saya dapat melihat dia, dia bangun dan berjalan di atasnya. Saya masih ingat lagi, saya dan ibu sangat cemas apabila melihat dia tiba-tiba dia hilang keseimbangan badan dan nyaris-nyaris terjatuh. Ia kelihatan sungguh pucat.
12. Kaunselor : Jadi, bila anda berada di atas menara api, anda merasa sangat cemas terhadap Sonny dan begitu juga perasaan anda terhadap bapa anda apabila melihat beliau hampir-hampir terjatuh.
13. Bob : Ya…?
14. Kaunselor : Nampaknya sekarang saya dapat melihat tangan anda menggeletar.
15. Bob : Saya sangat cemas sekarang. Apakah maksud ini semua?
16. Kaunselor : Anda keliru dan mengalami kesukaran. Apa yang anda fikirkan sekarang?
17. Bob : Saya mengalami perasaan yang sama pada Sonny dan pada ayah saya. Perasaan cemas yang sama. Kedua-duanya berada di tempat tinggi, saya tidak suka kepada tempat tinggi.
18. Kaunselor : Baiklah, anda seolah-olah merasai perasaan yang sama dalam kedua-dua situasi. Adakah dengan cara ini anda dapat meluahkan pengalaman zaman kanak-kanak anda sekarang?
19. Bob : Oh Tuhan! Diri saya tidak memberi apa-apa makna kepada bapa saya. Beliau tidak pernah memberikan perhatian terhadap saya. Trip itu adalah salah satu dari beberapa kali untuk dia tidak bersama saya. Beliau meninggal sebaik sahaja pulang dari trip itu, awak tahu…
20. Kaunselor : Jadi, pengalaman anda bersama Sonny di atas menara api itu banyak mempunyai hubung kaitnya dengan pengalaman awal anda bersama bapa anda. Ingat tak, tadi anda berkata bahawa anda ingin memegang anak anda dengan rapat ketika di menara. Sebelum itu, ingat tak anda berkata sesuatu?
21. Bob : (Memandang dengan pandangan yang kosong). Tidak, kenapa?
22. Kaunselor : Kedengaran seolah-olah saya tidak dapat menjejaki apa yang anda maksudkan. Anda baru saja mengatakan bahawa ayah anda meninggal sebaik sahaja pulang dari lawatan itu.

(Sesi kaunseling berlangsung seterusnya…)








ULASAN DIALOG MENGIKUT PENDEKATAN DAN TEKNIK

Berdasarkan sebahagian daripada dialog antara kaunselor dan klien di atas mendapati bahawa perasaan klien tersebut dipengaruhi oleh peristiwa masa lampau iaitu ketika beliau berada di zaman awal kanak-kanaknya. Peristiwa itulah yang mempengaruhi perasaan dan keadaan emosi klien pada masa berjumpa dengan kaunselor.
Dalam sesi kaunseling ini, kaunselor menggunakan beberapa kemahiran asas kaunseling seperti dorongan minima, mengajukan soalan terbuka, membuat refleksi perasaan, membuat parafrasa dan membuat refleksi isi. Dengan cara ini kaunselor dapat meneroka dunia klien dengan lebih mendalam lagi.

Kaunselor memutuskan untuk menggunakan Terapi Psikodinamik apabila mendapati klien bercerita tentang masa lampaunya. Ini adalah selaras dengan pendekatan yang telah diutarakan oleh Sigmund dan dipersetujui oleh para pengikutnya. Oleh itu kaunselor memilih untuk menggunakan satu kaedah yang terdapat di dalam pendekatan ini iaitu Teknik Perkaitan Bebas. Teknik yang digunakan dalam sesi kaunseling ini adalah ‘perkaitan bebas’ yang merupakan teknik utama dalam terapi Psikoanalisa. Dalam Teknik Perkaitan Bebas, kaunselor akan cuba menenangkan fikiran klien dengan menggalakkan klien meluahkan segala isi hati dan perasaan yang tidak logik dan rasional. Kaunselor menggunakan kaedah ini untuk klien mengingat dan meluahkan emosi yang bersabit keadaan-keadaan traumatik masa lalu. Proses ini juga dikenali sebagai ‘katarsis’. Semasa proses ini dilakukan, kaunselor berperanan mengenalpasti bahan represi yang masih terkunci di alam tidak sedar klien.
Bahan represi tersebut adalah merupakan pengalaman klien semasa zaman lampaunya bersama dengan ayahnya. Perasaan inilah yang mengancam diri klien. Akhirnya untuk terus melenyapkannya daripada merasa kesakitan, klien tersebut menekankan pengalaman itu ke alam tidak sedar. Dengan cara ini klien dapat mengurangkan kesakitan dan ketegangan yang dialaminya. Tetapi pengalaman itu tidak mudah hilang daripada diri klien dan muncul semula apabila klien telah dewasa. Ini dinyatakan sendiri oleh klien apabila beliau mengalami perasaan cemas yang sama terhadap bapa dan juga kepada anaknya. Apabila berhadapan dengan situasi yang sama iaitu berada di tempat tinggi, klien secara tidak langsung akan terus merasai perasaan tersebut.

Melalui teknik perkaitan bebas, pintu hati dan fikiran klien yang selama ini memendam dan menekankan berbagai-bagai perasaan dan pengalaman akan terbuka. Dengan mengikuti curahan hati dan pengalaman ini serta sekatan-sekatan yang dialami oleh klien semasa mencurahkan isi hatinya dengan bebas inilah kaunselor dapat memahami perkara yang menyebabkan masalahnya. Kaunselor akan cuba menjelaskan perkara-perkara ini kepada klien sehinggalah klien dapat memahami dan mendapat celik akal. Dengan bantuan kaunselor, klien dapat memahami perkara yang selama ini ia tidak memahaminya. Dalam contoh kes ini kaunselor yang menggunakan teknik ini akan bersifat pasif di dalam interaksinya dengan klien. Melainkan sekali-sekala sahaja kaunselor bersuara untuk mendorong klien meneruskan luahan hatinya.

Dalam teknik perkaitan bebas yang tradisional, klien akan berbaring di atas kaus, manakala kaunselor akan membelakangi klien. Walau bagaimanapun, pengamalannya sekarang menjadi kurang tradisional tetapi apa yang akan dititikberatkan oleh kaunselor yang mengamalkan terapi ini adalah matlamat dalam sesi kaunseling itu sendiri iaitu untuk membentuk semula personaliti klien agar segala yang terpendam di alam tidak sedar dapat dialami di alam sedar. Klien juga akan digalakkan untuk menguatkan ego agar dapat berfungsi menurut prinsip realiti, tanpa dikongkong atau didorong oleh desakan-desakan id ataupun superego.

Berdasarkan dialog kes tersebut, klien pada dialog 3 dan 5, menggunakan mekanisme helah bela diri ‘Undoing’ di mana klien ada mengatakan bahawa beliau tidak pernah melakukan perkara sebegini sepanjang usianya. Tindakan klien adalah untuk memperbaiki sesuatu yang telah rosak dengan harapan agar ia dapat menebus kembali kesalahannya. Klien berusaha untuk melakukan apa sahaja untuk memperbaiki kesilapannya yang lalu.

Teknik perkaitan bebas ini dapat dilihat pada dialog 8 dan 10, kaunselor dengan jelas mengarahkan klien agar kekal berada di dalam perasaan cemas itu bagi mendorong klien terus merasai perasaan itu untuk dibawa ke alam sedar. Melalui teknik ini kaunselor membawa klien meneroka ke zaman lampau klien pada dialog 10. Pada dialog 11, klien mampu merasai zaman lampau dengan jelas selari dengan perasaan yang dialami terhadap bapa dan juga anaknya sendiri.

Pada dialog 12, kaunselor menggunakan teknik pentafsiran di mana kaunselor menganalisis perkaitan bebas klien dengan menjelaskan berdasarkan apa yang klien nyatakan agar dapat memberi peluang kepada ego klien untuk mengasimilasikan bahan-bahan baru iaitu apa yang klien rasa terhadap anaknya akan mempercepatkan pendedahan lanjut bahan-bahan alam tidak sedar klien iaitu zaman lampaunya bersama ayahnya.

SOKONGAN BAHAN LUAR

Menurut Sapora Sipon, Ahmad Jazimin Jusoh dan Habsah Md Yusof (2003), sesi kaunseling yang berkesan adalah apabila dirancang secara sistematik dan teratur. Oleh itu kaunselor perlulah bijak menggunakan teknik yang bersesuaian untuk diaplikasikan di dalam sesi kaunseling tersebut. Dengan bantuan teknik-teknik yang tertentu kaunselor akan dapat membantu klien menyatakan perasaannya dan klien akan mudah mengenal siapa dirinya dan dalam erti kata yang lain adalah mudah untuk mendapat celik akal.

Dalam kes yang dinyatakan, masalah klien adalah dipengaruhi oleh kisah lampaunya ketika berusia 5 hingga 6 tahun. Menurut Amir Awang (1987), klien tersebut telah mengalami masalah pada zaman perkembangannya iaitu Peringkat Zakar dan Faraj ketika berusia 4 – 5 tahun. Pada peringkat ini kanak-kanak akan memperolehi kepuasan biologi dan mula mendapat kepuasan asas seks. Di peringkat ini kanak-kanak mula mengalami kompleks memusuhi ibubapa yang sama jantina. Kegagalan ibubapa memberi perhatian dan kasih sayang pada peringkat ini menyebabkan perkembangan psikoseksnya tersekat di peringkat ini dan menyebabkan ia akan menjelma semula ketika klien tersebut meningkat dewasa. Demikianlah yang berlaku terhadap klien di mana ia tidak mendapat perhatian yang sewajarnya daripada ayahnya.

Konsep dan tema utama terapi ini seperti yang telah diutarakan oleh Sigmund Freud dalam Muhd Mansur Abdullah (1997) adalah akal manusia dibahagikan kepada 3 bahagian dalam satu teori topografikal iaitu alam sedar, alam pra-sedar dan alam tidak sedar. Dalam kes klien tersebut, ketiga-tiga alam ini dapat dijelaskan merujuk kepada konsep seketul ‘iceberg’ besar yang terapung di atas permukaan air dalam rajah berikut :


Rajah 1 : Seketul ‘iceberg’ yang menggambarkan pemikiran klien


Berdasarkan dengan apa yang telah dinyatakan di atas, dalam kes klien yang dinyatakan ini kaunselor tersebut menjalankan sesi kaunseling dengan membawa pendekatan teori psikodinamik yang membawa kepada dua matlamat utama.
Dalam perhubungan menolong tersebut, kaunselor berperanan untuk membentuk semula watak klien supaya segala apa yang terpendam di alam tidak sedar klien dapat dialami di alam sedar. Melalui proses kaunseling, struktur perwatakan klien diubahsuai dengan mengubah perkara yang tidak sedar kepada sedar. Ianya dapat membantu klien mengalami celik akal pada dirinya.


















RUMUSAN

Kaunselor dalam kes ini memilih untuk menggunakan teknik perkaitan bebas dalam teori psikodinamik memandangkan klien mempunyai masalah berkaitan zaman lampaunya. Kaunselor tidak memilih untuk menggunakan teori-teori lain disebabkan oleh teori tersebut yang paling sesuai apabila berhadapan dengan kes-kes yang bersangkutan dengan zaman lampau terutamanya di waktu zaman perkembangan kanak-kanak klien. Berdasarkan pendekatan teori ini yang mengatakan bahawa tingkah laku manusia masa kini dipengaruhi oleh pengalaman masa lampau.

Secara keseluruhannya dapat dilihat bahawa pemilihan teori dan teknik di atas berpadanan dengan kes yang dibawa oleh klien. Teknik perkaitan bebas adalah merupakan teknik utama dalam teori ini di mana melalui teknik ini klien akan terus bercerita dan meluahkan segala perasaan yang terpendam di alam tidak sedar dapat dikeluarkan. Oleh itu dengan mengikuti curahan hati dan pengalaman ini kaunselor dapat meneroka permasalahan klien dengan lebih mendalam lagi. Teknik ini juga digunakan oleh kaunselor tersebut bagi merangsang klien untuk mengingat dan meluahkan emosi yang berkaitan dengan pengalaman traumatik yang dialami oleh klien pada masa lampau.

Secara kesimpulannya dapatlah disimpulkan bahawa teknik yang digunakan oleh kaunselor mempunyai signifikannya yang tersendiri dan berkesan dalam membantu menangani permasalahan yang dibawa oleh klien. Dengan teknik ini klien akan mudah mendapat celik akal lantaran itu mengetahui cara untuk mengawal kehidupannya.
Bibliografi

Amir Awang. (1987). Teori dan amalan psikoterapi. Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia
Muhd Mansur Abdullah. (1997). Kaunseling: Teori, Proses dan Kaedah. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti
Sapora Sipon, Ahmad Jazimin Jusoh, Hapsah Md Yusof. (2003). Kaunseling Individu Edisi Kedua. Selangor : Prentice Hall










"HIDUP BIARLAH BERPANDUKAN ALQURAN DAN HADIS"

Teori Rasional Emotif Behavioral Terapi

Tokoh Teori

Teori Rasional Emotif Terapi telah diasaskan oleh Albert Ellis. Beliau dilahirkan pada tahun 1913 di Pittsburgh, Amerika Syarikat. Teori ini terbina apabila beliau mendapati bahawa teori Psikoanalasis yang dipelopori oleh Freud tidak mendalam dan adalah satu bentuk pemulihan yang tidak saintifik. Pada awal tahu 1955, beliau telah menggabungkan terapi-terapi kemanusiaan, fisolofikal dan tingkah laku dan dikenali sebagai teori emosi-rasional (RET). Semenjak itu beliau terkenal sebagai bapa kepada teori RET dan datuk kepada teori tingkah laku kognitif.

Meninjau kepada zaman kanak-kanak Ellis, beliau sering mengalami gangguan kesihatan. Beliau pernah dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan nefritis sebanyak 9 kali. Tetapi Ellis seorang yang bercita-cita tinggi iaitu ingin menjadi seorang pakar psikologi. Beliau mempunyai kebolehan dalam memberikan perkhidmatan kaunseling. Oleh itu beliau mula mempraktikkan terapi perkahwinan, keluarga dan seks. Pada tahun 1947 hingga 1953 Ellis telah menjalankan kajian secara klasikal berasaskan psikoterapi. Hasil kajian mendapati bahawa terapi psikoanalisis tidak begitu menyeluruh dan tidak saintifik.

Ellis berpendapat pendekatan yang dibawakan oleh Freud kurang lengkap kerana ada orang yang bertambah teruk selepas menjalani pendekatan psikoanalisis. Hipotesis RET berdasarkan bahawa emosi berpunca daripada kepercayaan, penilaian, interpretasi dan tindakan daripada situasi kehidupan. Di dalam proses teraputik emosi-rasional, klien mempelajari kemahiran yang akan digunakan untuk mengenal dan memerangi kepercayaan yang telah tertanam lama di dalam diri seseorang. Ini disebabkan oleh teori ini lebih bersifat ‘pendidikan’ daripada perubatan yang direka dalam keadaan di mana kaunselornya aktif terarah dengan tepat dan mengajar. Ellis terkenal dengan bukunya yang bertajuk ‘Reason and Emotion In Psychotherapy’ dan bersama-sama dengan Robert A Harper beliau mengeluarkan buku berjudul ‘A Guide to Rational Living’.
Pendekatan Teori

RET juga dikenali sebagai Terapi A-B-C yang mana merupakan suatu teori yang mempunyai kelainan dengan teori-teori yang lain terutamanya Teori Psikoanalisis, Teori Pemusatan Insan, Gestalt dan lain-lain lagi. Ini disebabkan oleh teori ini mementingkan tiga aspek utama iaitu kognitif, emosi dan aspek tingkah laku. Teori ini memberi penekanan kepada pemikiran, penganalisaan, penilaian, perlakuan dan membuat keputusan. Pendekatan teori ini bercorak deduktif atau mengajar, mengarah dan mengutamakan kepada pemikiran daripada kepercayaan yang tidak rasional.

Terapi ini yakin bahawa setiap individu mempunyai sistem kepercayaan yang tidak rasional. Kepercayaan ini perlu dicabar dan diperbetulkan supaya dapat mewujudkan sistem kepercayaan yang baik dan rasional. Dalam konteks ini ia merupakan satu sistem pendidikan semula yang mengajar individu untuk melihat semula sistem kepercayaan yang membuatkan dirinya menderita dengan menggantikan semula dengan satu set kepercayaan yang membawa kesejahteraan dan kebahagiaan pada diri seseorang individu dan seterusnya kepada orang yang signifikan dengannya.

Prinsip terapi RET boleh digunakan kepada masalah semasa, masalah yang lain dalam kehidupan dan juga masalah yang mungkin dihadapi pada masa akan datang. Fokus prinsip ini adalah kepada pemikiran dan tindakan, bukan hanya mengikut perasaan. Terapi ini dianggap sebagai satu proses pembelajaran kerana fungsi kaunselor yang berbagai-bagai. Kadang kala kaunselor bertindak sebagai seorang guru, yang memberi tugasan kepada pelajar iaitu klien dalam konteks terapi ini.

Teori Ellis ini berasaskan andaian bahawa individu-individu mempunyai keupayaan bertindak sama ada dalam bentuk rasional mahupun tidak rasional. Tingkah laku rasional ialah dilihat sebagai keberkesanan dan kemungkinan produktif, manakala tingkah laku yang tidak rasional pula hasilnya dalam keadaan tidak gembira dan menghasilkan ‘output’.
Menurut J Blackham dalam Muhd Mansur Abdullah (1997), dua tujuan utama RET iaitu; pertama, mendemonstrasikan pada klien bahawa berkata-kata kepada diri sendiri itu adalah akibat daripada gangguan; dan kedua, menilai kembali berkata dalam diri demi menghapuskannya dan menolak semua idea yang tidak logik. Dalam buku-buku Ellis seperti The Art And Science Of Love, The Intelligent Woman’s Guide To Man-Hunting, Humanistic Psychotherapy dan The Rational-Emotive Approach banyak menggambarkan sifat manusia. Misalnya, kemampuan manusia berfikir sesuatu melalui proses-prosesnya. Ellis menggalakkan manusia supaya menganggap diri mereka adalah berkebolehan. Dia yakin jika manusia boleh menggunakan rasional mereka dalam mentadbir diri, maka tidak ada lapangan dalam kehidupan mereka yang tidak boleh diperbaiki.

Menurut Muhd Mansur Abdullah (1997), dalam melahirkan teorinya Ellis banyak menggunakan sistem-sistem psikologi dan falsafah iaitu menggabungkan intipati Falsafah Stoic, Psikoanalisis Freud, Psikologi Individu Alfred Adler dan Orientasi tingkah laku Pavlov dan Wolpe. Semua sistem itu membantunya meneguhkan lagi teori dan pendekatannya. Sebab itulah Ellis menekankan: “When people emote they also think and act. When they act, they also think and emote. When they think, they also emote and act. To understand self-defeating behavior , one must understand how a person feels, thinks, perceives and acts”.


Pandangan Teori Terhadap Manusia

George dan Cristiani (1995) telah mengandaikan bahawa manusia bertindak sebagai penilai, perunding dan pengawal diri. Gangguan emosi dan tingkah laku akan bermula apabila manusia menganggap beberapa keutamaan seperti keinginan untuk disayangi, diperakui kejayaan dan menganggap keutamaan tersebut sebagai keperluan yang utama. RET juga memandang bahawa manusia dilahirkan dengan beberapa kecenderungan ke arah perkembangan dan pengiktirafan diri tetapi mereka akan mengkhianatinya disebabkan oleh kecenderungan untuk berfikir tidak rasional dan contoh-contoh mengalah diri yang telah mereka pelajari.

Gerald Corey (1996) menjelaskan bahawa terapi RET berlandaskan kepada andaian bahawa manusia dilahirkan dengan keupayaan untuk berfikiran secara rasional dan tidak rasional. Manusia berupaya untuk memelihara dirinya, bergembira, berfikir, menterjemahkan diri, sayang menyayangi, berkomunikasi dengan orang lain, berkembang dan mengiktiraf diri sendiri. Manusia juga berkecenderungan untuk merosakkan dirinya, tidak mahu berfikir, suka menangguh untuk membuat sesuatu, mengulangi kesilapan, tidak sabar, mementingkan kesempurnaan semata-mata, selalu menyalahkan diri sendiri, cuba mengelakkan pengikhtirafan dan pertumbuhan potensi. Fenomena ini meyakinkan terapi ini dapat membantu manusia untuk menerima kembali diri mereka sendiri setelah melakukan kesilapan dan belajar untuk hidup lebih harmonis.

Hackey dan Cormier (1995) berpendapat bahawa RET, membuat andaian tentang gangguan emosi manusia adalah disebabkan oleh pemikiran yang tidak rasional. Hubungan antara emosi dan pemikiran terlalu rapat sehingga tidak boleh dipisahkan kedua-duanya. Manusia juga dilahirkan dengan suatu potensi untuk berfikiran secara lurus dan rasional dan juga secara tidak rasional. Manusia sendirilah yang menyebabkan dirinya merasa terganggu dan gangguan itu bukanlah disebabkan oleh sumber-sumber luaran tetapi berpunca dari diri individu itu sendiri.

Manusia mempunyai keupayaan untuk mengubah proses-proses kognitif, emotif dan tingkah lakunya. Mereka boleh memilih untuk bertindak dengan cara yang berlainan daripada pola tingkah laku yang normal. Mereka juga boleh memilih untuk tidak membenarkan dirinya terganggu dan boleh melatih diri untuk mengalami gangguan yang minimun selagi hayat masih ada.

Ee Ah Meng (1991) berpendapat bahawa terapi RET yang dikembangkan oleh Ellis dalam tahun 1950 an adalah berdasarkan kepada kepercayaan bahawa manusia perlu mengubah cara berfikir supaya boleh memperbetulkan pemikiran yang tidak rasional. Baginya manusia dilahirkan dalam dunia yang tidak rasional dan manusia menjadi semakin tidak rasional apabila berada dalam sistem kepercayaan mereka.

Suradi Salim (1996) mengandaikan bahawa manusia berupaya untuk berfikiran rasional dan tidak rasional. Dalam pemikiran seseorang individu terdapat sistem kepercayaan yang berkecenderungan untuk berfikir ke arah tidak rasional. Apabila sesuatu peristiwa terjadi maka individu itu selalu mengandaikan suatu kepercayaan terhadap peristiwa tersebut sama ada ianya baik atau sebaliknya. Manusia juga sering mempercayai tahyul yang menyebabkan mereka membuat sesuatu keputusan yang tidak mengembirakan. Oleh itu kaunselor perlu bertanggungjawab untuk mewujudkan sistem kepercayaan individu tersebut supaya menjadi rasional bagi membantunya memperolehi kehidupan yang lebih harmonis.

Bagi menerangkan dengan jelas bagaimana gangguan emosi dan fikiran berlaku maka kita akan menggunakan konsep ABCDE yang telah dinyatakan oleh Ellis iaitu :
• A ialah penggerak pengalaman activating experience atau peristiwa, faktor sikap atau tingkah laku yang dialami oleh seseorang. Misalnya gagal dalam peperiksaan.
• B ialah sistem kepercayaan yang dianuti oleh seseorang person’s belief system. Misalnya, “saya tidak kelihatan cantik atau hodoh”
• C ialah akibat consequence iaitu hasil daripada penilaian oleh B akan A dan ditafsirkannya. Misalnya, sentiasa keadaan muram dan tidak bersemangat.
• D ialah kaedah-kaedah untuk berhujah, mengajar, mencabar dan memperbetulkan sistem kepercayaan yang tidak rasional yang menyebabkan individu itu mengalami suatu reaksi emosi yang tidak rasional. Misalnya, “Saya tidak mahu kamu yang menyebabkan saya mengalami kerugian besar dalam hidup saya”.
• E ialah menjadi normal dan mempunyai sistem kepercayaan dan penilaian yang rasional dan positif. Misalnya Saya rasa gembira.

Corey (1996) menjelaskan bahawa konsep ABC dalam teori RET adalah seperti berikut; Menurut beliau, prinsip asas kepada gangguan emosi adalah sebahagian besarnya akibat daripada hasil pemikiran tidak rasional dan pemikiran kalah diri. Hasil daripada pemkiran ini menyebabkan seseorang individu itu suka menyatakan sesuatu dengan perkataan ‘sepatutnya’, ‘seharusnya’ dan ‘semestinya’. Dari perspektif RET, ramai terapis telah membuat kesilapan keran memfokuskan kepada sejarah hidup yang lampau dan cara tindakan ialah semua peristiwa masa kanak-kanak boleh diubah. Terdapat juga terapis melakukan kesilapan dengan terlalu menekankan dalam usaha klien mengenal diri, meluahkan perasaan dan perubahan pemikiran. Keadaan ini mendorong klien melupakan peristiwa awal kanak-kanak dan menumpukan pemikiran sekarang. Bagi Ellis cara ini tidak produktif kerana sesuatu yang menyebabkan emosional tidak akan hilang malah ia akan menambahkan lagi kehebatan perasaan tersebut.

Oleh itu bagi Ellis , terapis dan klien perlu bekerjasama untuk mencabar kepercayaan tidak rasional yang mengakibatkan gangguan emosional. Mereka perlu menuju ke arah mengubah perkara yang tidak realiti, tidak matang, terlalu menuntut dan tidak lojik kepada pemikiran yang logik, matang dan realistik.

Teori personaliti ABC berpusat kepada terapi RET dan dipraktikkan ;
A = kenyataan , cara bertingkah laku atau perlakuan seseorang
individu.
C = ialah emosional dan akibat atau tindakan dan tingkah
laku individu. Tindakan ini boleh jadi sesuai atau sebaliknya.
B =(Peristiwa) bukan menyebabkan C (akibat emosional) sebaliknya
B, di mana individu percaya tentang A menyebabkan C.

Sebagai contoh : Seseorang yang mengalami kesedihan selepas diceraikan oleh suaminya. Kesedihan terjadi bukan kerana penceraian yang menyebabkan kesdihan tetapi kepercayaan individu itu tentang kegagalan kerana ditolak atau kehilangan pasangannya. Ellis telah menegaskan bahawa sebab utama kesedihan ialah bukan kerana peristiwa diceraikan (A). Oleh yang demikian manusia bertanggungjawab tentang kewujudan tindakan emosional dan gangguan. Ellis telah menunjukkan bagaimana manusia boleh mengubah kepercayaan tidak rasional secara langsung menyebabkan akibat gangguan emosional dirinya.
Bagaimanakah emosional yang terganggu itu timbul? Dalam hal ini , Ellis telah menjelaskan bahawa individu yang mengalami gangguan kerana sentiasa berterusan mengulangi ayat-ayat yang tidak logikal.Misalnya , individu itu berkata : “Saya sangat kecewa dengan kegagalan peperiksaan ini. Kegagalan saya semuanya berpunca dari kesilapan saya sendiri. Saya adalah merupakan manusia yang paling bodoh”

Gangguan emosi ini menyebabkan wujudnya depresi dan anxieti. Keadaan ini akan mengakibatkan individu itu akan kekal berpegang dengan kepercayaan yang tidak rasional itu.
Selepas itu keperluan D pula ialah mengaplikasi secara saintifik bagi membantu klien mencabar sistem kepercayaannya yang tidak rasional. Ellis dan Benard (1986) telah mengkategorikan 3 komponen dalam proses mencabar klien iaitu:
i. Mengesan iaitu klien akan belajar bagaimana mengesan kepercayaan tidak rasionalnya terutamanya sikap yang terlalu sempurna ‘patut’, ‘mesti’, ‘tersangat teruk’ atau ‘kalah diri’ .
ii. Selepas itu klien akan belajar mempersoalkan kepercayaan yang menyekatnya selama ini.
iii. Kemudian klien akan belajar mendikriminasikan kepercayaan yang tidak rasional (self defeating) dan mempercayai akan kepercayaan yang rasional (self helping).


"HIDUP BIARLAH BERPANDUKAN ALQURAN DAN HADIS"

Selasa, Jun 23, 2009

TEORI-TEORI KAUNSELING - TERAPI REALITI


TERAPI REALITI


4.1 PENGENALAN

Terapi realiti adalah satu bentuk terapi yang agak baru dalam kaunseling. Terapi ini diasaskan oleh William Glasser seorang psikologis di California dalam tahun 1965. realiti adalah selari. Terapi realiti adalah merujuk kepada dunia fenomena klien dan menekankan kepada cara yang subjektif iaitu klien akan melihat dan bertindakbalas dengan dunia persekitaran mereka melalui kaawalan penilaian dalaman internal locus of evaluation. Glasser (1985) telah menekankan bahawa manusia melihat dunia melalui lima keperluan asas genetik dan bukannya dunia seperti ianya yang sebenar.
Seperti mana terapi lain yang di atas, terapi realiti telah menegaskan bahawa manusia mempunyai kebebasan, boleh membuat pilihan dan bertanggungjawab terhadap pilihan tersebut. Manusia boleh mengawal secara berkesan kehidupan ini jika mereka bersedia untuk berusaha menentukan matlamat. Oleh itu dengan meletakkan prinsip-prinsip teori kawalan dalam, manusia boleh mencegah banyak masalah yang menjurus kepada terapi. Terapi realiti berorientasikan tingkah laku secara menyeluruh yang melibatkan komponen doing, thinking, feeling dan physiology. Hal ini bermakna klien bertanggungjawab untuk memilih bukan sahaja apa yang mereka lakukan tetapi apa jua yang mereka fikirkan, rasai, dan mengalaminya secara fizikal. Dalam ertikata yang lain terapi ini menekankan kepada tingkah laku dan pemikiran.
Tugas kaunselor ialah bertindak secara aktif , mengarah, didaktif dan kognitif. Kaunselor juga akan mengikat kontrak dengan klien dalam usaha klien untuk mengubah tingkah lakunya. Sebagai suatu bentuk terapi mengarah, kaunselor berperanan sebagai guru, dan juga sebagai teladan. Walau bagaimanpun, adalah menjadi tanggungjawab kaunselor untuk mencabar klien berhadapan dengan realiti semasa jika perlu. Terapi ini juga menekankan secara langsung kepada peristiwa-peristiwa masa lampau. Ia juga menolak konsep sakit jiwa yang dipolopori oleh teori psikoanalisis.
Secara umumnya matlamat terapi realiti ialah untuk menyediakan suatu suasana yang boleh membantu klien bagi membina kekuatan psikologi (psychology strength) untuk menilai atau menghargai tingkah laku semasa. Ianya boleh digunakan dalam terapi atau kaunseling individu, kerja-kerja sosial, pendidikan, terapi kelompok, , kaunseling keluarga, kaunseling pemulihan, pengurusan institusi dan perkembangan serta kemajuan masyarakat.

4.2 Latar Belakang Tokoh
William Glasser merupakan pengasas kepada terapi realiti. Beliau dilahirkan di Cleveland Ohio, California pada tahun 1925. Beliau merupakan anak yang ketiga dan yang bongsu dalam keluarganya. Bagi Glasser , zaman kanak-kanaknya merupakan zaman yang mengembirakan dan semasa di sekolah beliau sangat berminat bermain muzik dan dalam bidang sukan. Pada tahun 1944, ketika berumur 19 tahun, Glasser telah mendapat ijazah pertamanya dalam bidang kejuruteraan kimia dari Case Institute of Technology. Empat tahun kemudian beliau mendapat ijazah Master dalam Clinical Psychology dari Case Western Reserve University. Namun tesis untuk mendapatkan PhDnya telah ditolak. Semasa berumur 28 tahun(1953), Glasser mendapat ijazah perubatan dari universiti yang sama.
Pada tahun 1956, Glasser telah menjadi ketua psikatarist di Ventura School for Girls, iaitu sebuah institusi yang dikendalikan oleh kerajaan California untuk merawat gadis-gadis yang rosak moral dan melanggar peraturan atau undang-undang.Dalam tahun 1961, Glasser menghasilkan bukunya yang pertama iaitu Mental Health or Mental Illness yang menjadi asas kepada teknik dan konsep terapi realiti. Selama tempoh dua belas tahun di Ventura School, Glasser telah memajukan lagi terapi realitinya dengan mengendalikan program-program yang berjaya di sekolah berkenaan. Istilah realiti terapi digunakan untuk pertama kalinya oleh Glasser dalam manuskripnya yang bertajuk “Reality Therapy” : A Realistic Approach To The Young Offender” dalam tahun 1964. Pada tahun 1965, bukunya yang terkenal bertajuk Reality Therapy : A New Approach To Psychiatry telah diterbitkan.
Dalam tahun 1966, Glasser mula mengaplikasikan idea-idea realiti terapinya dalam sistem pendidikan di California. Idea-idea ini akhirnya telah dimuatkan ke dalam bukunya yang ketiga iaitu “Schools Without Failure”(1969). Pada tahun 1968, Glasser telah mengasaskan penubuhan Institute For Reality Therapy do Los Angeles. Institut ini menawarkan kursus-kursus dan latihan untuk para doktor, ahli-ahli fiziks, pegawai perundangan, pegawai polis, jururawat, peguam, hakim, guru dan kaunselor. Dua tahun kemudian iaitu tahun 1970, William Glasser La Verne College Center ditubuhkan di University of La Verne di California Selatan untuk menyediakan pengajian luar kampus kepada guru-guru untuk mendapatkan ijazah.
Bermula tahun 1981, Glasser telah menjalinkan idea asalnya dengan teori kawalan (Control Theory) yang menegaskan bahawa tingkah laku dijana dari dalam individu. Apa yang diperoleh dari luar hanyalah maklumat (information). Bukunya yang bertajuk Stations of the mind(1981) dan Control Theory : A New Explanation of We Control Our Lives(1984) telah menunjukkan pendirian teori ini dan menghuraikan bagaimana otak manusia mempengaruhi persepsi dalaman.
Buku-buku lain yang dihasilkan oleh Glasser ialah The Identity Society(1972), Positive Addiction(1976), Control Theory In The Claaroom(1986), The Quality School :Managing Students Without Coercion(1990) dan The Quality School Teacher(1993). Glasser juga sering memberikan kuliah atau ceramah dan bengkel di peringkat antara bangsa mengenai aplikasi teori kawalan dan realiti terapi.

4.3 Latar Belakang Terapi
Terapi Realiti merupakan satu bentuk terapi yang agak baru dalam dunia kaunseling. Ianya telah diasaskan oleh William Glasser iaitu seorang psikologis dari California pada tahun 1965 ekoran daripada ketidaksetujuan Glasser terhadap teori psikoanalitik.
Kottler dan Brown( )menyatakan bahawa terapi realiti merupakan suatu pendekatan mengajar yang menekankan kepada penyelesaian masalah, tanggungjawab peribadi dan keperluan untuk menangani atau mengatasi keperluan ‘realiti’ seseorang individu. Menurutnya lagi terapi realiti adalah berdasarkan kepada assumsi atau andaian bahawa setiap individu perlu untuk membina identiti sama ada berjaya atau gagal. John J. Pietrofesa(1984), berpendapat bahawa terapi realiti berasaskan kepada andaian terhadap sesuatu tingkah laku sama ada menolong atau menghalang untuk memenuhi keperluan asas manusia. Keperluan tersebut merupakan keperluan untuk disayangi dan menyayangi orang lain dan keperluan merasa dihargai dan menghargai orang lain. Tingkah laku yang dapat dipenuhi dikatakan bertanggungjawab dan yang gagal adalah sebaliknya. Tingkah laku yang tidak bertanggungjawab akan membina identiti gagal dan seterusnya akan menghadapi kegagalan. Maka kaunselor adalah membina identiti individu itu ke arah kejayaan.
Glading (1993), berpendapat terapi realiti menegaskan baahawa perubahan individu dilakukan melalui tindakan dan pemikiran. Beliau mencadangkan bahawa dunia dalaman individu adalah yang paling berpengaruh dalam menentukan tingkah laku yang telah dipilihya. Terapi ini juga berorientasikan tindakan (action oriented) yang bersifat konkrit, mengajar, mengarah dan kognitif.
Oleh itu secara keseluruhannya kita dapati, teori realiti lebih menekankan kepada keperluan untuk memenuhi kehendak psikologi (a fulfilments of psychology needs). Secara amya didapati terapi realiti adalah untuk menyediakan individu dalam susasana yang boleh membantu mereka membina kekuatan psikologi untuk menilai atau menghargai tingkah laku semasa. Terapi ini juga boleh digunakan dalam kaunseling individu, kaunseling keluarga, kaunseling pemulihan, kaunseling kelamin, pendidikan, kerja-kerja sosial, terapi kelompok, crisis intervention, pengurusan institusi dan perkembangan kemajuan masyarakat.

4.4 Pandangan terapi Tentang Kejadian Manusia
Menurut William Glasser (1965), terdapat tiga andaian terhadap kejadian manusia berdasarkan terapi realiti. Diantaranya ialah :
4.4.1 Manusia berfungsi pada tahap atau keadaan kesedaran tanpa dipengaruhi oleh kuasa tidak sedar.
4.4.2 Dalam diri setiap manusia terdapat dorongan yang sihat. Dorongan ini mengandungi dua tahap iaitu dalam bantuk fizikal dan psikologikal.
Dalam bentuk fizikal, merupakan suatu keperluan asas kepada manusia seperti makan minum dan tidur. Manusia juga dipengaruhi oleh keinginan untuk kelangsungan hidup (survival). Manakala dalam bentuk psikologikal pula, terbahagi kepada empat bahagian iaitu :
a. Rasa kepunyaan (belonging). Rasa kepunyaan ini misalnya seperti keperluan kepada rakan, keluarga dan kasih sayang.
b. Kuasa iaitu suatu keperluan penghargaan kendiri , dihargai dan bersaing.
c. Kebebasan (freedom) iaitu suatu keinginan untuk membuat pilihan dan keputusan.
d. Keseronokan iaitu suatu bentuk keperluan untuk bermain, berehat, ketawa, gembira dan lain-lain .
Keempat-empat keperluan ini akan membawa kepada identiti diri seseorang individu. Ianya akan tercapai apabila individu itu diterima oleh orang lain atau masyarakat. Yang paling penting dalam keperluan psikologikal ialah apaabila seseorang itu akan mengalami rasa cinta dan rasa dihargai.
Menurut Glasser, seseorang individu yang tidak ada rasa dicintai akan mengalami kegagalan identiti, personaliti tidak seimbang, kurang keyakinan diri dan cepat putus asa. Dalam suasana mencapai identiti diri ini terdapat dua waktu yang kritikal dalam kehidupan di zaman kanak-kanak di antara umur 2 hingga 5 tahun dan 5 hingga 10 tahun.
Dalam peringkat umur antara 2 hingga 5 tahun , proses sosialisasi awal berlaku seperti berhubung dengan ibu bapa, adik beradik dan rakan sebaya. Pada peringkat ini kanak-kanak sudah mula mengalami perasaan kecewa dan kerisauan. Pada peringkat ini, kanak-kanak memerlukan kasih sayang, bimbingan, dan penerimaan dari ibu bapa. Jika ini berlaku maka kanak-kanak itu tadi akan mula membentuk identiti yang kekal.
Pada peringkat umur 5 hingga 10 tahun pula, kanak-kanak akan terlibat dengan alam persekolahan dan mula memperolehi pengetahuan dan membentuk konsep diri. Di peringkat ini, kanak-kanak akan menghadapi masalah sosialisasi dan masalah pembelajaran . Dalam kontek pembelajaran , sekiranya individu tidak belajar sesuatu pada masa atau peringkat muda maka individu itu boleh belajar di waktu selepas itu.


4.4.3 Individu mampu menentukan dan mengawal diri
Mengikut Gladding (1993), dalam pertumbuhan individu masalah timbul apabila manusia itu tidak bertanggungjawab tentang sikap mereka. Manusia perlu disayangi dan menyayangi, berasa dihargai, gembira dan mampu mengawal keadaan sekeliling di atas sebab tertentu. Ee Ah Meng(1989), telah mengatakan bahawa ‘untuk menghuraikan tingkah laku dan pandangan mengenai ketenteraman jiwa seseorang Glasser menggunakan istilah seperti ‘memuaskan’ , ‘telah maju’ ,’baik’ dan ‘moral’. Menurutnya lagi, bagi memperoleh harga diri kita perlu mempelajari cara memperbaiki diri kita sekiranya kita telah melakukan kesilapan sebaliknya kita hendaklah memuji diri kalau melakukan sesuatu yang betul.
Mengikut Muhd Mansur Abdullah (1993), setiap manusia di antara kita membentuk keperibadian di dalam penglibatan kita dengan orang lain dan dengan imej diri sendiri. ‘ Kuasa pertumbuhan akan membantu kita mencapai identiti yang berjaya. Natijahnya, penderitaan peribadi hanya boleh diubah jika berubahnya keperibadian itu sendiri kerana individu itu mampu mengubah nasib, cara hidup, perasaan dan tingkah laku mereka. Manusia itu menolak dunia sekelilingnya apabila menghadapi kekecewaan kehendak diri. Mereka mungkin kehilangan tujuan sebenar, hilang kebolehan bagi melihat keadaan nyata yang sebenar.
Mengikut Corey(1988), dalam pembentukan identiti masing-masing individu akan mengembangkan keterlibatan dengan orang lain dan dengan bayangan diri yang dengannya individu itu akan merasa relatif berhasil atau sebaliknya. Manusia mencakupi pernyataan bahawa sesuatu kekuatan pertumbuhan itu mendorongnya untuk berusaha mencapai sesuatu identiti keberhasilan. “Individu boleh mengubah cara hidup, perasaan dan tingkah lakunya.Idividu juga mampu mengubah identitinya. Justeru itu, perubahan identiti bergantung kepada perubahan tingkah laku”.
Mengikut Pietrofesa Hoffman dan Splete (1984), manusia mempunyai dua keperluan asas. Jika keperluan itu tidak dapat dipenuhi maka akan wujudlah kekecewaan. Dua keperluan asas itu ialah keinginan untuk menyayangi dan disayangi dan juga keperluan keinginan untuk merasakan kita berguna untuk diri sendiri dan juga orang lain. Bagi Glasser, beliau percaya bahawa kematian merupakan keputusan yang dibuat oleh seseorang yang kurang kasih sayang di awal kehidupannya. Seterusnya kekurangan sepenuhnya kasih sayang yang mungkin menyebabkan kekecewaan yang teruk sehingga seseorang itu membunuh diri dan sakit jiwa.
Menurut Wubbolding dlm John J. Pietrofesa et, al.(1984), kejayaan identiti seseorang itu berkembang dalam beberapa peringkat:
a. Peringkat ‘lakukan atau buat’ iaitu orang akan mula untuk mengerjakan sesuatu. Maknanya ia memulakan suatu harapan untuk mempertingkatkan diri tanpa mengira sekecil manapun usaha permulaan tersebut.
b. Perkembangan identiti kejayaan, iaitu pemikiran yang positif. Pada peringkat ini, pertama berkelakuan membina iaitu bersikap tegas dalam menunjukkan diri dan meningkatkan penampilan diri serta mengambil kira kebajikan orang lain. Kedua, berfikiran positif iaitu berkebolehan menggunakan situasi yang paling baik dan mengembirakan, percaya dan penerimaan diri untuk mengawal pembangunan atau perkembangan yang positif secara berterusan. Ketiga, berfikiran rasional dan tidak rasional. Seseorang itu akan dapat mengenal pasti satu masalah dan isu dengan beralasan secara keseluruhan dan matang. Keempat, kesihatan aktiviti fizikal diikuti dengan diet yang berpatutan, seterusnya mendapat senaman yang bersesuaian dengan keperluan fizikal.
c. Peringkat mengisi kekosongan yang ada pada diri seseorang dengan merasakan suatu yang seronok, merasakan kasih sayang serta disayangi oleh orang lain. Seseorang itu juga harus merasakan kebolehan menjalankan kerja dan mempunyai harga diri.
Menurut John J. Pietrofesa et,al (1984), bahawa manusia
akan menderita akibat kegelisahan, menyalahkan diri sendiri, kemuraman dan kemarahan dan mungkin akan tersingkir dari masyarakat apabila gagal mendapat kasih sayang.
Mengikut Corey(1982), walaupun faktor persekitaran mempunyai pengaruh manusia dalam membuat keputusan tetapi perilaku itu bukan disebabkan olehnya. Menurutnya lagi, semua sikap motivasi dalaman seseorang berpandu kepada keinginannya untuk mencapai sesuatu.
Mohd Salleh Lebar (1993), mengandaikan bahawa manusia apabila menerima kasih sayang dan memberikan kasih sayang adalah penting bagi dirinya dan juga orang lain. Beliau juga berpendapat bagi memperolehi harga diri seseorang itu perlu memperbaiki dirinya dahulu dari kesilapan. Kegagalan menjaga harga diri menyebabkan seseorang itu menghadapi masalah. Oleh itu manusia perlukan kasih sayang dan memperolehi harga diri yang sewajarnya.

4.5 Konsep-konsep Utama Terapi Realiti

Mengikut Amir Awang (1987), terapi realiti berbeza dengan teori-teori kaunseling dan psikoterapi yang lain kerana ia tidak mempunyai konsep-konsep tertentu. Walau bagaimanapun ia mempunyai ciri-ciri tertentu. Di antaranya ialah :
• Terapi realiti menekankan bahawa tingkah laku yang tidak siuman adalah disebabkan pengabaian tanggungjawab. Menurutnya, apabila individu itu tidak melaksanakan tanggungjawabnya maka akan menyebabkan timbulnya tingkah laku yang bilazim.
• Terapi realiti juga memberi penumpuan kepada tingkah laku dan bukannya perasaan dan sikap. Menurut terapi ini apabila tingkah laku itu berubah maka sikap dan perasaan akan turut berubah.
• Tumpuan kepada peristiwa-peristiwa yang berlaku ke atas klien pada masa kini. Peristiwa yang lampau dan pada masa depan tidak diberi perhatian kerana sejarah yang lalu tidak boleh diubah. Begitu juga masa depan boleh menimbulkan kebimbangan semata-mata.
• Terapi realiti juga menekankan aspek-aspek positif seperti potensi individu, kejayaan, kelebihan dan kualiti positif yang ada pada individu tersebut. Melihat individu sebagai positif dan beroperasi dan bukan sebaliknya.
• Menggalakkan individu atau klien menilai tingkah lakunya sama ada yang positif atau negatif. Tingkah lakunya akan berubah setelah mengenal pasti tingkah laku itu dan ini akan menyedarkan individu itu tentang punca kegagalan pada masa kini.
• Terapi realiti ini juga menitikberatkan tanggungjawab. Sikap bertanggungjawab perlu dipelajari secara terus menerus sepanjang masa kehidupan.
• Persetujuan di antara kaunselor dan klien perlu dipatuhi bagi mencapai matlamat dan memenuhi keperluan individu tersebut.
Muhd Mansur Abdullah(1993) telah mengemukakan beberapa konsep dalam terapi.. Diantaranya ialah meletakkan kepentingan utama pada perasaan klien dalam menilai tingkah lakunya agar dapat menentukan siapakah yang menyebabkan berlakunya kegagalan dalam kehidupannya. Perubahan tingkah laku juga adalah sangat penting. Sekiranya klien menyedari bahawa mereka tidak mendapat keperluan yang diinginkan maka tingkah laku yang ditonjolkan itu merupakan pemusnah diri.
Mengikut Gibson dan Mitchell (dalam John J. Schmidt (1996) terapi realiti menunjukkan bahawa kaunseling adalah kaedah pengajaran yang istimewa atau latihan mengajar seseorang individu tentang apa yang sepatutnya dipelajari semasa hidup yang normal pada masa yang singkat.
Secara menyeluruhnya, terapi ini dapat diaplikasikan di sekolah, dalam pentadbiran, dan kelas bimbingan dalam kumpulan. Keberkesanannya telah didokumentasikan dalam beberapa idea termasuk bekerja bersama pelajar istimewa, konsep kendiri pelajar dan hala tuju diri pelajar.








4.6 Matlamat Terapi Realiti

Pietrofesa,J.J. (1984), telah menjelaskan bahawa terapi realiti adalah untuk membantu mereka yang hanya mencari keseronokan sahaja dan mengabaikan dunia realiti.
Kottler dan Brown (1996) pula menyatakan terapi ini menggalakkan klien bermotivasi, bertanggungjawab terhadap rancangan tindakannya ke arah perubahan tingkah laku membina dan identiti yang berjaya.
Samuel T.G.(1993), pula menjelaskan antara lain matlamat terapi realiti ialah:
• Membantu klien memperjelaskan apa yang mereka mahu dalam hidupnya.
• Membantu klien mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri serta sokongan yang ada di sekelilingnya dan juga bentuk halangan-halangan yang wujud.
• Membantu klien agar mantap dari psikologi dan lebih rasional dalam membuat tindakan dan pemikiran.
Corey. G .(1982), menyatakan antara lain matlamat terapi realiti ialah :
• Secara holistiknya matlamat terapi ini adalah untuk membantu individu mencari jalan yang lebih berkesan bagi memenuhi keperluan mereka dari segi rasa kepunyaan, kebebasan, berkuasa dan berseronok.
• Memfokuskan kepada apa yang klien sedar dan membantu klien meningkatkan kesedaran itu.

Corsini R.J. (1983), menyatakan bahawa “tidak kira bagaimana kejam atau ganas dan luar biasa sesuatu kejadian itu yang membawa kepada tingkah laku seseorang, kita harus menjelaskan kepadanya bahawa kejadian yang lalu tidak boleh dijadikan alasan untuk bertingkah laku yang tidak sepatutnya. Tidak kira apa yang terjadi kepadanya di masa lalu, dia harus mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap apa dilaksanakannya sekarang”
Koeswara (1988), menjelaskan beberapa matlamat terapi realiti ialah :
• Motif umum terapi adalah membantu seseorang bagi mencapai autonominya.
• Membantu orang-orang dalam menentukan dan memperjelaskan tujuan-tujuan mereka.
• Membantu klien dalam menjelaskan cara-cara mereka menghambat kemajuan ke arah tujuan-tujuan yang ditentukan oleh mereka sendiri.
• Membantu klien menemukan alternatif-alternatif dalam mencapai tujuan-tujuan dengan syarat klien sendiri yang menetapkan tujuan-tujuan itu.
Mohd Salleh Lebar(1993), menyatakan matlamat terapi ini adalah untuk membantu klien menyedari bahawa kegagalan untuk menjaga diri menyebabkan seseorang itu akan menghadapi masalah. Dalam erti kata lain, terapi ini membantu klien agar berada dalam situasi yang rasional.
Muhd. Mansur Abdullah & Siti Nordinar Mohd. Tamin(1993) menyatakan bahaw matlamat terapi realiti ialah:
• Untuk mengurangkan tingkah laku ketewasan-kendiri yang tidak bertanggungjawab dan memperkembangkan imej-kendiri yang lebih positif.
• Membuat dan melaksanakan suatu rancangan bagi membolehkan klien mengalami kejayaan tingkah laku bertanggungjawab dan mula memperolehi sedikit deria kesejahteraan kendiri.
• Klien diharapkan dapat membuat kemajuan apabila tanggungjawab terhadap tingkah laku peribadinya dapat dilaksanakan dan apabila hajat itu dapat dipenuhi dengan tidak menyakiti diri sendiri mahupun orang lain.
Amir Awang (1987) telah menjelaskan beberapa matlamat terapi realiti. Antaranya ialah :
• Klien sendiri menentukan matlamat hidupnya secara bebas tanpa bergantung kepada orang lain. Iaitu klien harus berusaha untuk mencapai autonomi.
• Klien harus berupaya merancang strategi dan langkah-langkah tertentu bagi mencapai matlamat hidupnya.
• Kaunselor boleh mengemukakan syor-syor dan saranan-saranan berhubung dengan matlamat hidup yang bertanggungjawab dan realistik serta strategi-strategi yang boleh digunakan bagi mencapai matlamat tersebut. Dalam hal ini klien sendiri mesti menentukan apa yang baik bagi dirinya.





4.7 Proses Kaunseling Dalam Terapi Realiti
Pietrofesa, J.J (1984), telah menjelaskan tentang proses terapi yang melibatkan beberapa kemahiran seperti konfrantasi, homor atau kecindan, perbincangan, penetapan matlamat, menunjukkan (pointing out), nasihat dan debat. Proses ini boleh dibahagikan kepada tiga prosedur:
i. Keterlibatan iaitu proses ini memerlukan kaunselor melibatkan diri dengan klien secara intelektual dan emosi. Kaunselor harus memahami dan menerima klien seadanya. Ini adalah untuk menjalinkan hubungan yang baik dan memudahkan proses kaunseling kemudiannya.
ii. Kaunselor mesti memberitahu klien sama ada tentang tingkah laku yang kaunselor tidak suka atau tentang penerimaannya sebagai individu. Ini memberitahu klien bahawa sikapnya yang tidak disukai dan bukannya sebagai orang atau individu.
iii. Kaunselor harus memberi arahan kepada klien untuk mencari jalan yang lebih baik bagi memenuhi keperluannya. Ini dapat dilakukan apabila klien mengaku bahawa sikap tidak bertanggungjawabnya adalah salah. Prosedur ini hanya dilakukan dengan syarat kaunselor mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk membantu klien.
Menurut Glasser(1992) dalam Pietrofesa, J.J (1984) menyatakan terdapat lapan langkah dalam proses terapi realiti :
Langkah 1 : Keterlibatan
Kaunselor mesti menjalinkan hubungan baik dengan
klien. Kaunselor hendaklah mesra , empati dan
dapat memberikan perhatian kepada klien.
Keterlibatan kaunselor hendaklah ada batasan
jangan sampai terperangkap.
Langkah 2: Fokus kepada tingkah laku semasa.Walaupun
tingkah laku dan perasaan saling berkait rapat,
namun tumpuan kaunselor hendaklah kepada
tingkah laku semasa klien.Tingkah laku diberi
tumpuan kerana ia merupakan perkara yang lebih
mudah diperbetulkan oleh klien.
Langkah 3: Fokus terhadap masa sekarang.
Terapi ini tidak melihat pengalaman lampau tetapi masa lampau hanya dibincangkan untuk membantu :
- Pembinaan sikap pengalaman lampau sebagai hubungannya dengan masa kini.
- Mengenalpasti alternatif yang membina untuk klien buat pilihan.
- Menentukan kenapa klien memilih tingkah laku yang tidak membawa beliau kepada lebih banyak masalah. Terapi ini percaya bahawa tingkah laku semasa dapat diubah.

Langkah 4 : Menilai kendiri
Klien diberi tanggungjawab menilai tingkah laku sendiri. Kaunselor
hanya memberikan perangsang dan panduan.

Langkah 5 : Membuat Pelan
Pelan dibuat untuk membantu klien. Alternatif dipilih dan langkah-langkah yang perlu untuknya mencapai objektif itu disenaraikan. Pelan ini dinilai dan disemak dari semasa ke semasa.
Langkah 6 : Komitmen
Langkah ini perlu ditekankan sewaktu pertemuan awal supaya apabila klien diminta menjalankan atau melaksanakan pelan perubahan tingkah lakunya maka dia sudah bersedia.
Langkah 7 : Tidak menerima sebarang alasan
Kaunselor tidak patut menerima sebarang alasan klien yang tidak dapat melaksanakan pelannya tidak juga harus memarahi klien. Kaunselor harus meminta klien membuat komitmen yang baru untuk memenuhi
tanggungjawabnya.
Langkah 8 : Hapuskan dendaan
Hukuman dan dendaan tidak termasuk dalam terapi ini tetapi adalah elok sekiranya klien dapat merasakan kerugian apabila dia gagal
menyempurnakan tanggungjawabnya terutama sekali dalam mengubah tingkah laku yang negatif.

Muhd Mansur Abdullah(1993), telah menjelaskan bahawa proses kaunseling terapi realiti adalah seperti berikut :
• Kehangatan hubungan kaunselor , pemahaman dan prihatin kaunselor terhadap klien.
• Pemusatan utama kepada tingkah laku.
• Penumpuan kepada masa kini. Masa lalu tidak boleh diubah lagi.
• Klien mesti membuat suatu penilaian dan mengenal pasti ketewasan kendiri, tingkah laku tidak bertanggungjawab sebelum terdedah kepada pertolongan kaunseling.
• Kaunselor membantu klien membina suatu perancangan mengubah tingkah laku . Adalah penting perancangan itu dibuat dalam bentuk bertulis.
• Kaunselor menolong klien membuat suatu penglibatan menyiapkan rancangan.
• Kaunselor menjelaskan kepada klien bahawa alasan tidak menyiapkan rancangan tidak boleh diterima.
• Kaunselor tidak menyalahkan klien sekiranya gagal.

4.8 Peranan Kaunselor
Corey , G. (1982), telah menjelaskan bahawa peranan kaunselor adalah seperti berikut :
• kaunselor berperanan sebagai guru dan model. Ia menerima klien secara mesra, empati dan penuh perhatian.
• Tugas utamanya ialah melibatkan diri dengan klien bagi membina hubungan yang baik supaya dapat menyediakan landasan yang betul untuk proses kaunseling seterusnya.
• Sebagai seorang pengajar , iaitu mengajar klien tentang teori kawalan , memberikan klien pilihan bertingkah laku dan sentiasa aktif semasa sesi kaunseling berjalan.
• Kaunselor mencabar klien dengan bertanya adakah perkara yang anda lakukan mendatangkan faedah atau manfaat kepadanya? Sekiranya klien merasakan atau sebaliknya maka kaunselor akan mencadangkan alternatif kelakuan yang lain.
• Membina struktur dan had sesuatu sesi.
• Membina rapport berdasarkan perhatian dan penghormatan.
• Memberikan tumpuan kepada kekuatan individu dan potensi yang dapat mengarahkan kepada kejayaan.
• Berbincang secara aktif tentang tingkah laku semasa dan tidak menggalakkan klien memberikan alasan tentang tingkah lakunya yang tidak bertanggungjawab.
• Memperkenalkan dan menggalakkan psoses menilai kehendak yang ingin dicapai secara realistik.
• Mengajar dan menggalakkan klien melaksanakan pelan tindakan untuk mengubah tingkah lakunya.
• Membantu klien mencari jalan untuk memenuhi kehendak mereka dan menggalakkan mereka agar tidak cepat putus asa.
E. Koeswara (1988), menjelaskan bahawa kaunselor bertindak sebagai pembimbing yang akan membantu klien agar dapat menilai tingkah lakunya sendiri secara realiti. Terapi ini juga berasumsi bahawa klien mampu mewujudkan kebahagiaannya sendiri dan mendapatkannya maka kuncinya adalah menerima tanggungjawab. Kaunselor juga harus berfungsi sebagai guru dalam menjalinkan hubungannya dengan klien dan mendedahkan kepada klien bahawa tujuan terapi ialah ke arah kebahagiaan
Ee Ah Meng (1997), menyatakan bahawa peranan kaunselor ialah :
• Melibatkan diri secara mendalam dengan klien.
• Kenalpasti jurang diantara tindakan klien dengan keperluan-keperluan dan nilai-nilainya.
• Tumpukan kepada tindakan (apa yang dibuat oleh klien) lebih daripada fikiran dan perasaan klien.
• Pastikan klien bertanggungjawab ke atas pilihan dan akibatnya.
• Wujudkan perhubungan yang terbuka, mesra, dan jujur dengan klien.
• Tumpukan pada tingkah laku sekarang.
• Berikan galakkan , pujian dan alternatif kepada klien.
• Lakukan konfrantasi sekiranya tingkah laku klien berbeza dengan percakapannya.
Mohd Salleh Lebar (1993), telah menjelaskan tentang peranan kaunselor seperti berikut :
• memberikan galakkan kepada klien.
• Menumpukan kepada tingkah laku.
• Lakukan konfrantasi jika tingkah laku klien berbeza dengan percakapannya.
• Wujudkan hubungan yang terbuka.
• Pastikan klien bertanggungjawab dengan pilihan dan akibat pilihan itu.
• Menumpukan kepada sesuatu tindakan daripada perasaan.

4..9 Peranan Klien
4.9.1 Klien digalakkan menumpukan perhatian kepada tingkah laku dan tidak pada perasaan dan sikapnya. Mereka diarahkan supaya meneliti dan menilai tingkah laku sendiri bagi menentukan adakah tingkah laku itu membina atau menghalang untuk mencapai matlamat hidup mereka.. Seandainya mereka mengalami sesuatu perasaan tertentu, mereka akan disuruh mengkaji tingkah laku itu.
4.9.2 Klien digalakkan memikirkan dan merancang strategi-strategi yang khusus untuk mengubah tingkah laku yang gagal dan menggantikannya dengan tingkah laku yang baik.
4.9.3 Klien hendaklah melaksanakan strategi-strategi yang dirancangkan. Klien mestilah komited pada rancangan tindakannya. Mereka tidak boleh menyalahkan sesiapa atau cuba memberi alasan-alasan tertentu. Kontrak dan komitmen seperti ini hendaklah dilaksanakan oleh klien.
4.9.4 Di dalam usaha klien menilai dan mengktirik tigkah lakunya, ia juga haruslah bersikap realistik. Tidak keterlaluan sehingga kecaman-kecaman itu menjadi terlalu hebat dan berat baginya. Sekiranya situasi ini wujud maka tentukan usaha-usaha klien untuk megubah tingkah lakunya akan gagal. Lebih realistik dan munasabah sekiranya kecaman dan kritik itu dilakukan secara sederhana supaya tingkah laku yang tidak sesuai itu dapat diubah dan digantikan dengan tingkah laku yang lebih sesuai.

4.10 Teknik DanTatacara Terapi Realiti
Menurut Muhd. Mansur Abdullah (1993) , matlamat asas terapi realiti ialah menolong individu mencapai kuasa autonomi agar sampai kepada peringkat kematangan yang membolehkan seseorang itu melepaskan dirinya daripada sokongan persekitaran dan menggantikannya dengan bantuan dalaman. Kematangan ini menunjukkan bahawa manusia berkemampuan memikul tanggungjawab untuk dirinya sendiri dan untuk apa yang mereka mahukan serta untuk membina tanggungjawab dan perancangan-perancangan yang realistik bagi mencapai dan memenuhi matlamat mereka ” .
Bagi membantu manusia untuk mencapai matlamat dalam hidup mereka dan menerangkan cara-cara untuk mencapaikannya maka terapi realiti telah menggunakan teknik-teknik tertentu yang berbentuk tingkah laku. Di antarannya ialah :
4.10.1 Menjadi model atau contoh: Dalam teknik ini kaunselor mestilah menjadi contoh teladan atau model yang berperanan sebagai seorang pendidik. Sebagai pendidik, kaunselor cuba menolak tingkah laku klien yang negatif tanpa meminggirkan klien tersebut. Kaunselor perlu mengajar klien dengan cara yang lebih berkesan bagi memenuhi kehendak klien berdasarkan realiti. Tindakan ini membolehkan klien menghadapi kenyataan dan menyedari akan tingkah lakunya yang tidak realistik.
4.10.2 Kelucuan : Kaunselor akan bersikap lucu dan tidak terlalu serius. Ini bermakna kaunselor akan melihat sesuatu situasi dari sudut yang melucukan dengan tujuan untuk meringankan tekanan atau bebanan yang dihadapi klien.
4.10.3 Konfrantasi : Kaunselor akan berdepan atau mencabar klien tanpa membenarkan klien memberikan alasan-alasan tertentu. Kaunselor juga boleh menggunakan cemuhan-cemuhan dan kritikan yang boleh memeranjatkan klien di dalam usaha untuk mencabar tingkah laku yang tidak realistik. Situasi ini dapat memberikan respon kepada klien memikirkan tentang dirinya secara realistik.
4.10.4 Main Peranan(Role play) : Kaunselor akan menggunakan komunikasi dalam main peranan bersama klien. Dalam permainan tersebut kaunselor akan cuba memberikan penekanan pada ‘di sini’ dan pada ‘ketika ini’ dan elakkan daripada memberi penumpuan kepada peristiwa-peristiwa yang lampau dan perasaan-perasaan yang tidak baik.
4.10.5 Tindak balas : Kaunselor akan meminta kepada klien melihat tingkah lakunya sebagai satu cara untuk klien menerima sesuatu tanggungjawab. Kaunselor akan bertanya kepada klien adakah tindakan itu sesuai dengan klien dan adakah cara itu berfaedah kepadanya. Dalam hal ini klien hendaklah menentukan sama ada hendak mengubah tingkah lakunya atau sebaliknya.
4.10.6 Penglibatan : Kaunselor akan melibatkan diri secara langsung dengan menggunakan kata-kata seperti ‘ saya mementingkan anda, saya bertanggungjawab pada anda’. Tingkah laku yang ditonjolkan oleh kaunselor perlulah sejajar dengan kata-kata yang telah dilafazkan itu. Kaunselor harus melibatkan diri dengan klien dalam usaha mencari arah tuju kehidupan atau mencari jalan yang baru bagi mencapai kehidupan klien yang lebih berjaya dan bermakna.
4.10.7 Kontrak(Perjanjian) : Kaunselor dan klien perlu membuat perjanjian. Sekiranya perlu perjanjian itu boleh dilakukan dalam bentuk tulisan dan ditandatangani oleh klien. Biasanya dalam perjanjian terdapat peraturan-peraturan tertentu maka dalam membuat peraturan tersebut klien libatkan diri dengan kaunselor. Kaunselor juga perlu menyemak kemajuan klien dan berikan pujian mengikut situasi yang perlu.Sekiranya rancangan yang dirancang agak sukar dilaksanakan maka perlu buat rancangan yang baru. Bagi pihak klien kegagalan rancangan tersebut tidak perlu dihukum atau didenda.
4.10.8 Formulate ‘Menghasilkan satu rangka kerja yang spesifik’ : Dalam hal ini kaunselor perlu membuat satu rancangan untuk mengubah tingkah laku klien. Klien boleh ditanya adakah cara yang lebih baik baginya untuk membuat sesuatu untuk ubah tingkah lakunya. Kaunselor boleh membantu klien membuat perancangan dan dalam merancang , berikan kebebasan klien memilih alternatif yang disukainya. Rancangan itu hendaklah berbentuk ‘bagaimana’ dan ‘bila’ klien akan melakukannya dan dibuat secara positif.
4.11 Kekuatan Dan Kekurangan Terapi Realiti
4.11.1 Kekuatan Terapi Realiti
Terapi ini sangat sesuai dilaksanakan dan diaplikasikan dalam bentuk kaunseling, misalnya kaunseling kanak-kanak, remaja, dewasa, ibu bapa, dalam perkahwinan, keluarga, kaunseling individu dan kaunseling Muhd Mansur (1993). Kenyataan ini disokong oleh James C. Hansen (1990) yang mengatakan ;
“…although now used with a variety of clients in a number of different settings. Reality Therapy originally used in the treatment of office patients, mental hospital patients, and adult and juvenile lawbreakers. Much of Glacier’s work with juvenile offenders grew out of this years of work at the venture school for girls of the Calofornia Youth Authority.”
Pendekatan dan kaedah Terapi Realiti digunakan secara konkrit, jelas dan realistik di mana ia boleh menampilkan keberkesanan, dinilai terutamanya apabila kontrak dibuat dan persetujui oleh kaunselor dan klien.
Terapi realiti juga mempunyai pelan induk yang dirancang dengan secara sistematik dan realistik oleh klien dengan bantuan kaunselor sebagai panduan bagi penyelesaian masalah.
Terapi ini telah memberikan kebebasan kepada klien untuk berfikir secara rasional, menilai , menentukan dan membuat keputusan sendiri.
Terapi ini telah menggunakan jangka masa yang pendek untuk membantu klien kalau dibandingkan dengan teori-teori yang lain seperti psikoanalisis dan pemusatan insan.
Banyak kenyataan telah dibuat oleh beberapa penulis yang menyokong kelebihan-kelebihan terapi ini. Di antaranya ialah Panek (1993:461) menyatakan bahawa pendekatan terapi realiti sebagai “…stimulates active mental processes.”. Kottler (1996) berpendapat bahawa terapi realiti sebagai terapi jangka pendek dan sesuai dalam seting di sekolah dan selanjutnya “…reality therapy is a short-term treatment that has been widely used in schools, institutions and correctional settings. It is a fairly simple therapeutic approach and can be mastered withaut length training and supervision.”
Menurut Samuel T. Gladding (1996:283-289) mengatakan bahawa terapi realiti “…applicable to many different populations; effective with certain disorders; concertinas; short-term; centralized training center; promotes responsibility and freedom without blaming; stresses here and now; integrates control theory.”

4.11.2 Kekurangan atau Kelemahan Terapi Realiti
Terapi realiti juga mempunyai kelemahannya. Terapi ini cenderung hanya kepada memfokus kepada tingkah laku semata-mata tetapi seseorang manusia itu adalah unik dan bertindak dengan secara menyeluruh termasuklah emosi, persepsi, kognitif, sensasi dan sebagainya. Oleh itu jelas menunjukkan bahawa terapi ini mempunyai keupayaan yang terbatas.
Terapi ini juga menekankan kepada konsep masa sekarang dan di sini atau ‘here and now’ dan dalam situasi yang sedar tanpa mengambil kira konsep-konsep tidak sedar serta sejarah hidup klien. Walhal, setiap manusia berkemungkinan bersekongkong dengan masalah yang disebabkan oleh faktor biologi, fantasi, sistem kepercayaan dan nilai dan lain-lain lagi.
Terapi realiti juga amat bergantung kepada bahasa. Jadi melalui sistem komunikasi kadang-kadang klien bersifat pendiam dan lembam atau tidak expresive adalah tidak sesuai dalam pemilihan tindakan terapi realiti.
Terapi realiti kurang menyediakan situasi pembelajaran kerana sifatnya yang agak mendesak dan mengongkong. Oleh itu klien tidak kreatif dalam membuat keputusan dan akhirnya bergantung kepada kaunselor.
Kaunselor juga dianggap tidak bermoral kerana terlalu bebas dan terbuka sehingga kerap mendesak klien membuat sesuatu. Ini akan menimbulkan kesan negatif ke atas klien. Berkemungkinan klien akan melakukan atau mengubah fikiran untuk mengikut atau akur dengan nasihat serta petunjuk yang dikemukakan oleh kaunselor.
Paul E. Panek (1993:461) menyatakan bahawa kelemahan terapi realiti telah wujud diperingkat awal “…designed for used in early treament stages and for the disoriented; efficacy limited..”.
John A.Axelson(1993 :368-369) menyatakan bahawa “…although the therapist might be viewed as a tough and controlling person, he or she is also uninterested and sensitive human being who understands and accepts behavior uncritically, but who never agrees with the client’s irresponsibility. Being more concerned with behavior than with attitudes, the therapy is not intended to make someone happy, but to make someone responsible…”


4.12 Aplikasi Terapi Realiti Dalam Kaunseling
Terapi realiti ini adalah sangat mudah dan boleh diaplikasikan dalam banyak bentuk perkhidmatan kaunseling , misalnya kaunseling individu dan kelompok, kaunseling kanak-kanak, remaja, dewasa, ibu bapa, keluarga, perkahwinan, kaunseling krisis, pemulihan, pencegahan, kerjaya dan sebagainya.
Menurut Glasser (dalam Muhd. Mansur Abdullah 1993:) terapi ini berjaya diaplikasikan di sekolah-sekolah budak nakal dalam bentuk proses pemulihan. Oleh itu ianya sesuai dipraktikkan ke dalam perkhidmatan kaunseling pemulihan.
Konsep terapi ini tidak menerima alasan dari luar maka klien harus dipaksa atau terpaksa menerima tanggungjawab terhadap tingkah lakunya sendiri. Justeru itu, klien perlu menilai tingkah laku , membuat pilihan dan keputusan sendiri sama ada mencapai matlamat atau sebaliknya. Sekiranya belum mencapat matlamat maka klien harus bertanggungjawab berusaha mencari jalan bagi mendapatkannya.
Dalam kaunseling kerjaya , terapi ini sangat sesuai diaplikasikan memandangkan bahawa ianya berfokus kepada minat,bakat atau potensi dan kelayakan klien itu sendiri. Tambahan pula ianya dilakukan dalam jangka masa yang pendek iaitu memfokuskan kepada permasalahan kesedaran tingkah laku dan tidak memberi peluang untuk klien menghuraikan peristiwa masa lalu.

Kesimpulan
Terapi realiti dianggap paling mudah dipraktikan kerana ianya bersifat realistik dan praktikal untuk digunakan dalam banyak bentuk perkhidmatan kaunseling. Tujuan dan matlamat terapi ini ialah untuk mengatasi pelbagai masalah tingkah laku dan emosi yang negatif dikalangan remaja dan belia.
Di samping itu, kebolehkepercayaan dan keyakinan terhadap kemampuan individu untuk memimpin dirinya sebagai seorang yang bertanggungjawab telah memberikan suatu penghormatan dan sokongan moral kepada individu itu. Perkara ini merupakan suatu bentuk peneguhan dan motivasi dalaman yang amat kuat untuk membantu individu itu berusaha memperbaiki tingkah lakunya untuk mencapai matlamat masa depan dengan lebih berjaya.
Terapi realiti menitikberatkan tingkah laku yang boleh diukur dan dilihat maka. Sebarang perubahan yang berlaku dengan mudah dapat dikesan dan dinilai oleh klien itu sendiri. Keadaan ini mendorong klien untuk terus memperbaiki dan berusaha ke arah yang lebih baik.
Walaupun begitu terapi ini juga masih lagi terlibat dengan limitasinya. Di antaranya ialah konsep dan pendekatannya yang terlalu mudah, malah ‘oversimplistic’ sehingga boleh menimbulkan keraguan. klien kepadanya. Kaunselor pula kadangkala akan mengambil kesempatan terhadap diri klien dengan memberikan beberapa aktiviti untuk dilaksanakan oleh klien. Bagi pihak klien pula ianya akan mejadi kebergantungan terhadap kaunselor. Oleh itu situasi ini akan menjadikan klien tidak mempuyai otonomi dan tanggungjawabnya sendiri untuk menyelsaikan masalahnya.
Terapi ini juga menolak tentang isu berkaitan dengan peristiwa yang lampau. Keadaan ini akan menyebabkan kaunselor tidak memahami tentang diri klien dengan sebenarnya. Oleh itu, implikasinya akan mempengaruhi pendekatan dan pandangan kaunselor di dalam sesi atau bidang terapi.
Amir Awang (1987:123) telah menyatakan , sesungguhnya pengasas terapi William Glasser begitu berkeyakinan serta optimistik dengan pendekatannya. Terdapat banyak bukti meunjukkan kejayaan terapi ini dalam usaha untuk mengubah tingkah laku belia yang mengalami penyelewengan tingkah laku .



"HIDUP BIARLAH BERPANDUKAN ALQURAN DAN HADIS"