Salam buat semua...
Sudah lama rasanya saya tidak menulis di blog ini. Bukannya apa, kadangkala tuntutan tugas dan ketiadaan masa membuatkan saya tidak sempat untuk mengemaskini laman ini. Walau bagaimanapun, hari ini sementara saya menunggu kedatangan klien yang telah membuat temujanji jam 9 pagi ini, eloklah rasanya saya ingin berkongsi sesuatu dengan saudara sekalian.
Setiap daripada kita sebenarnya dikurniakan oleh Allah dengan mempunyai potensi untuk berkembang dengan baik. Menurut Teori Humanistik, pelopornya Carl Rogers bahawa manusia ini memang baik, boleh dipercayai dan memang mempunyai keupayaan yang banyak untuk memahami diri mereka sendiri serta menyelesaikan masalah-masalah yang mereka sendiri alami.
Masalah selalunya muncul dalam diri manusia kerana wujudnya dalam diri individu itu kendiri yang mengalami sesuatu yang tidak sama dengan struktur kendirinya. Kendiri terjadi dari gabungan di antara penilaiannya sendiri, penilaian orang lain dan penilaianya mengenai persepsi orang lain terhadap dirinya.
Bila terdapat banyak persamaan di antara kendiri dengan pengalaman, maka seseorang akan mengalami perasaan kongruen. Sebaliknya pula, bila terdapat banyak keadaan tidak sama di antara kendiri dengan pengalaman, maka akan wujudlah keadaan tidak kongruen. Jika persamaan yang wujud antara kendiri dan pengalaman, seseorang itu tidak akan merasa risau sebaliknya jika terdapat persamaan yang sedikit individu itu akan merasa risau dan tegang.
"People who fight fire with fire usually end up with ashes" - Abigail Van Buren
"HIDUP BIARLAH BERPANDUKAN ALQURAN DAN HADIS"