Memaparkan catatan dengan label usaha hidup. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label usaha hidup. Papar semua catatan

Ahad, November 20, 2016

Untung sabut timbul, untung batu tenggelam



Saya masih ingat menonton TV sewaktu usia masih budak-budak. Masa itu zaman TV hitam putih.

Tajuk ceritanya saya ingat-ingat lupa, mungkin Cucu Datok Merah tapi paling ingat adalah heronya, Nordin Ahmad (heronya ajer yang ingat dengan jelas hehe). Dalam cerita itu Nordin Ahmad memegang watak suami yang sombong, bongkak dan megah dengan keturunannya.

Antara skrip yang saya masih ingat adalah kata-kata ibu (bakal ibu mertua Nordin Ahmad) sebelum anak perempuannya berkahwin dengan Nordin Ahmad.

“Perkahwinan ini ibarat untung sabut timbul, untung batu tenggelam”


Waktu itu saya masih tidak memahami konsep kedua-duanya. Mana satu yang lebih baik, menjadi sabut atau menjadi batu.

Saya amat jahil dalam menilai peribahasa itu tetapi kata-kata itu sering berlegar-legar dalam fikiran setiap kali saya memikirkan tentang perkahwinan.

Nasihat ibu kepada anaknya menggunakan peribahasa untung sabut timbul, untung batu tenggelam membawa maksud jika beruntung dan bernasib baik, perkahwinan akan mendapat kebahagiaan, jika tidak bernasib baik perkahwinan menjadi satu titik derita dalam kehidupan wanita.

Saya terus mencari makna - menjadi sabut. Apa untungnya menjadi sabut, jika timbul sekalipun sabut menghadapi risiko terus dihanyutkan dek arus deras!

Menjadi batu pula, dicampak ke dalam air terus ia tenggelam, lama kelamaan terus terbenam diselaputi dek lumpur dan danor kolam.

Apakah perkahwinan itu berkaitan dengan nasib semata-mata? Menjadi sabut atau batu ibarat berserah kepada takdir semata-mata. Sedangkan Rasululullah SAW pernah berpesan Qada’ boleh tertolak dengan doa!

Pesan guru saya, menjadi sabut pun beruntung jika taat dan bertaqwa pada Allah,menjadi batu juga beruntung andainya taat pada Allah. Allah always come first! Makanya, pilihan berada di tangan masing-masing kerana kita bahagia bukan kerana pasangan hidup, kerjaya, wang ringgit BAHKAN bahagia bermula dengan diri kita sendiri dan Allah.

Hidup ini adalah pilihan!

"HIDUP DENGAN BERPANDUKAN ALQURAN DAN HADIS" Ummu Hakim

Ahad, November 13, 2011

Letakkan hatimu di tempat yang ingin dituju,bukan di tempat yang kita singgah

Sedang saya merenung kehidupan ini saya teringat pada satu ungkatan tuan guru saya hampir sepuluh tahun yang lalu. "letakkan hatimu di tempat yang ingin kita tuju tapi bukannya pada tempat yang kita singgah....sungguh jauh penafsirannya! Sebenarnya saya baru sahaja pulang dari menghadiri satu majlis yang dianjurkan oleh Persatuan Ibu Tunggal, banyak ilmu yang saya perolehi di sana.

Saya selalu meletakkan dalam hati saya bahawa apa yang akan saya lakukan atau apa yang akan saya jumpa merupakan sesuatu yang Allah ingin perlihatkan kepada saya supaya saya dapat berfikir,sudah tentulah apa yang saya fikirkan itu adalah menjurus kepada mengingati Allah. Hatta, semasa saya sedang menjalankan sesi kaunseling juga sebenarnya telah banyak hati saya terdidik oleh kisah-kisah klien dan juga tingkah laku klien yang pada saya lebih baik daripada diri saya yang dianggap baik oleh klien saya...

Sebenarnya mereka yang bergelar ibu tunggal ini merupakan insan-insan yang begitu cekal melalui rencah-rencah kehidupan. Kadang-kala ada dalam kalangan mereka yang jatuh dan bangunnya berkali-kali namun tidak pernah mengenal putus asa mahupun mengalah kepada nasib yang ditakdirkan buat mereka. Cuma, sebagai manusia biasa tidak dapat lari daripada dunia yang penuh dengan ujian dan emosi kita sering terajak sam untuk turut beralah dengan situasi tesebut.

Semalam saya berkongsi sesuatu dengan para ibu tunggal....yang paling penting dalam kehidupan kita adalah ilmu. Dengan adanya ilmu seseorang manusia itu Allah tingkatkan darjatnya dengan beberapa darjat daripada orang yang tidak berilmu. Dah dah punya ilmu, hati dan jiwa mesti besar, jangan kerana perkara yang kecil-kecil akan membuatkan kita rasa merajuk, kecewa, putus asa dsb. Lantas saya teringat pada ungkapan tuan guru saya seperti yang saya sebutkan seperti di atas...rupa-rupanya ramai manusia yang meletakkan hatinya pada tempat yang disinggahinya,sebab itulah masalah timbul dalam kehidupan kita. Dunia ini tempat persinggahan sementara kita, kita kita meletakkan hati yang penuh padanya akan membuatkan kita merana dan akhirnya tempat yang ingin kita tuju itu kita menujuinya dengan membawa separuh sahaja hati atau tiada hati yang di bawa bersamanya.....

"HIDUP BIARLAH BERPANDUKAN ALQURAN DAN HADIS"Helper